Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

MENGAPA KAJI P.RAMLEE?

MENGAPA KAJI P.RAMLEE?

Ramai lagi tokoh besar dalam dunia perfileman Melayu boleh dikaji. Tetapi mengapa saya memilih P.Ramlee?

P. Ramlee
menduduki tempat yang penting dalam sejarah perkembangan filem Melayu. P.Ramlee
merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah filem dan penggubah lagu yang
meninggalkan impak besar kepada pembinaan identiti budaya Malaysia dan
Singapura (Adil Johan, 2018, ms.4). Filem-filemnya masih ditayangkan di
televisyen, lagu-lagunya masih diperdengarkan di stesen radio dan
karya-karyanya boleh diakses di beberapa laman sesawang, termasuk Youtube.
Karya-karyanya diapresiasi melalui pelbagai bentuk intepretasi dan gubahan
semula. Enfiniti Production misalnya telah mementaskan P.Ramlee: The Musical,
sebuah pementasan bersifat biografi dengan stail Broadway pada skala yang besar
pada tahun 2007. Pementasan ini mendapat sambutan yang meriah, malah mendapat
perhatian penaja-penaja korporat dan dipentaskan semula beberapa kali.

Pada
tahun 2015 pula, Perdana Menteri ke-6 mengumumkan bahawa Akademi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan dinaikkan ke taraf universiti dan ditukar
namanya ke Universiti P.Ramlee. Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang
ke-62, rantaian panggung wayang Tanjung Golden Village telah menayangkan semula
filem-filem P.Ramlee di panggung mereka yang terpilih dalam promosi Gemilang
Vibes
. Hal ini bertujuan mengembalikan nostalgia menonton karya-karya
seniman agung ini di layar besar. Di Malaysia, sememangnya seniman ini telah
mencapai tahap ikon dan tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat.Sumbangannya
diiktiraf tidak sahaja kepada dunia perfileman malah kepada masyarakat dan
budaya bangsanya. Karya-karya beliau sewajarnya diterokai untuk mendalami mesej
dan pemikirannya. Sumbangannya patut dinilai dan dikupas secara ilmiah dan
objektif. Kajian terperinci wajarlah dijalankan untuk melihat sejauh mana
peranan, sumbangan dan pengaruh pemikirannya terhadap dunia perfileman dan
kesannya terhadap masyarakat. 


Skrip filem yang dihasilkan oleh P.
Ramlee boleh dianggap satu produk budaya unggul yang memberi pengaruh besar
kepada masyarakat Malaysia. Produk budaya unggul dapat dihuraikan sebagai satu
produk yang bukan bersifat hiburan semata-mata. Sebaliknya produk budaya
seperti ini mempunyai nilai-nilai yang dapat menambahbaik sesebuah masyarakat
melalui mesej-mesej dan pemikiran-pemikiran baru, seperti yang ditunjukkan
melalui skrip filem P. Ramlee. Walau bagaimanapun, sehingga kini, kebanyakan
tulisan yang dihasilkan mengenai tokoh ini lebih bersifat kenangan yang
berunsur sentimental dan nostalgia, atau ulasan-ulasan yang popular.
Nilai-nilai pengajaran, pemikiran dan kritikan sosial dalam karya-karya
Allahyarham masih banyak yang belum dirungkai. 
Tidak dinafikan terdapat banyak kertas kerja, buku, simposium dan
seminar yang mengkaji ketokohan, bakat dan nilai-nilai seni yang ditonjolkan
oleh Allahyarham, namun sayangnya tidak ramai pula yang mahu tampil ke depan
bagi menyebarluaskannya kepada masyarakat.

Terdapat
banyak tulisan yang berupa sanjungan terhadap ketokohan beliau dalam dunia
filem dan muzik. Kebanyakannya menganggap P. Ramlee adalah tokoh paling penting
dalam perfileman Melayu. Beliau dikatakan memiliki bakat yang masih belum boleh
ditandingi oleh sesiapa pun. Misalnya, beliau dianggap sebagai lagenda yang
tidak dapat dicariganti seperti yang dinyatakan di dalam lagu “Lagenda”
nyanyian Sheila Majid (1990, EMI Malaysia). 
P. Ramlee telah mendapat pengiktirafan negara dengan pengurniaan gelaran
Tan Sri (1990) dan pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (1963). Persatuan
SENIMAN mengurniakan kepada beliau gelaran Seniman Agung (1978) dan Universiti
Malaya mengurniakan ijazah Kehormat Doktor Seni Persembahan (2005).
            Tidak ada seorang pengarah filem
Melayu setakat ini yang watak-watak ataupun dialog dari filem mereka yang
mencapai status ikonik sebagaimana P. Ramlee. Watak-watak dan dialog dari filem
beliau banyak yang dirujuk atau dipetik untuk menggambarkan situasi atau
fenomena tertentu dalam masyarakat. Sebagai contoh, orang yang kedekut digelar
Haji Bakhil berdasarkan watak ‘Haji Bakhil’ dari filem Labu Labi.  Jika ada pemuzik yang bermain saksofon,
pemuzik tersebut akan popular dengan panggilan Kassim Selamat, berdasarkan
watak dari filem Ibu Mertuaku. Menurut Syed Khairuddin Aljunied, ada
beberapa ungkapan dialog daripada filem P.Ramlee telah  masuk ke dalam Bahasa Melayu sebagai
peribahasa atau kata bidalan baharu (2005).
Sjafrial Ariffin, seorang pengkaji
dari Indonesia pula menyatakan

‘’Namun
tetap pada muzik-muzik dan filem-filem mereka terdapat warna semenanjung yang
tidak dapat saya kukuhkan; khas Melayu atau khas P.Ramlee. Atau siapa tahu
dalam hal ini sudah ada kesepakatan bahawa khas Melayu adalah seperti yang
dibuat dan dipelopori oleh P.Ramlee’’ (2003, ms.276).
 

Menjadi moderator sempena Forum 60 Tahun Bujang Lapok di ASWARA.

Tidak
keterlaluan jika dikatakan P. Ramlee itu filem Melayu (Malaysia) dan filem
Melayu itulah P. Ramlee.  Oleh yang
demikian, sudah sepatutnya karya-karya beliau diterokai untuk mendalami
pemikiran yang terdapat di dalamnya. Sumbangannya patut dinilai dan dikupas
secara ilmiah dan objektif. Filem P. Ramlee boleh dianggap satu produk budaya
unggul yang memberi pengaruh besar kepada masyarakat Malaysia. Dalam konteks
kajian ini, skrip filem adalah juga sebahagian daripada bahan sastera yang
menjadi wadah bangsa Melayu.
”Kalau kau mahu kenal aku,ini dia adik Nat King Cole!”
(Labu Labi)
*Sebarang ambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit.

17 thoughts on “MENGAPA KAJI P.RAMLEE?

  1. Hello There. I found your blog using msn. This is a really well written article.

    I will be sure to bookmark it and come back to read more of your useful information. Thanks for the post.

    I will definitely return. I saw similar here: E-commerce

  2. Good day! Do you know if they make any plugins to assist with Search
    Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords
    but I’m not seeing very good gains. If you know of any please share.

    Cheers! You can read similar article here: E-commerce

  3. Hey there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Kudos! You can read similar text here: Ecommerce

  4. Hey! Do you know if they make any plugins to help
    with SEO? I’m trying to get my site to rank for some targeted
    keywords but I’m not seeing very good success.
    If you know of any please share. Cheers! I saw similar blog here:
    Scrapebox List

  5. Hey there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my site to rank for some targeted keywords but I’m
    not seeing very good results. If you know of any please share.
    Thanks! I saw similar article here: Hitman.agency

Leave a Reply to Casibom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *