DARA VS RADHA

WANITA YANG MEMENDAM RASA DI SEMERAH PADI
Apa persamaan watak wanita dalam Semerah Padi dengan Sangam?
DARA merupakan watak utama filem Semerah
Padi (1956). Dia dibesarkan di kampung dan terikat dengan adat di mana wanita
lebih banyak “berdiam diri” dan menurut sahaja kehendak lelaki. Dara terpaksa
menerima keputusan ayahnya untuk ditunangkan dengan Taruna walaupun dia dan Aduka saling mencintai. Dara hanya melakukan
apa yang terdaya dilakukan oleh semua wanita sepertinya, iaitu memendam rasa.
Justeru itu dia hanya tahu berkata “Aku rela’’ bila mereka ditunangkan.

Dara tidak menolak atau
menunjukkan emosi suka atau sebaliknya bila ditunangkan dengan Taruna. Semasa
adegan Taruna menunjukkan tanah dan rumah impiannya, Dara kelihatan akur
sahaja. Dialognya yang menegaskan maksud sedemikian ialah “Aku bahagia kalau kau bahagia.”
Seolah-olahnya perasaannya sendiri tidak penting. Dalam erti kata lain seorang
wanita dianggap tidak berhak untuk memiliki sebarang perasaan sendiri.

Pada mulanya, Dara diserahkan
oleh ayahnya kepada Taruna sebagai bakal isteri. Kemudian di akhir cerita, Taruna menyerahkan
Dara kepada Aduka pula untuk dikahwini. Hal ini menampakkan bahawa Dara sebagai
wanita boleh ditukar hakmilik.
Kesimpulannya, Dara tidak membuat keputusan sendiri kerana dirinya
dimiliki oleh sistem patriarki. Patriarki dalam konteks Semerah Padi ialah patriarki Melayu di mana kaum wanita lebih
berperanan domestik dan tidak berpengaruh dalam membuat keputusan besar.

Konflik
cinta tiga segi Dara-Taruna-Aduka boleh dicari persamaan dengan filem Hindi berjudul, Sangam (1964) arahan Raj Kapoor. Konflik
utama Semerah Padi mempunyai
persamaan dengan Sangam di mana dua sahabat, Sunder dan Gopal mencintai wanita
yang sama,iaitu Radha.Radha terpaksa berkahwin dengan Sunder yang tidak menjadi
pilihan hatinya dan Gopal terpaksa memendam rasa. Tetapi terdapat perbezaan
dari segi tindakan akhir yang diambil oleh watak dalam kedua-dua filem
ini.

Dalam
Semerah Padi, Aduka dan Dara
melakukan dosa zina dan Taruna rela melepaskan Dara kepada Aduka untuk
dinikahi. Aduka dan Dara sama-sama rela dengan persetujuan Taruna itu. Tetapi
Radha di dalam Sangam lebih rela
untuk terus menjadi isteri Sunder. Apabila
Sunder ingin menyerahkan Radha yang sudah menjadi isterinya kepada Gopal, Radha
dan Gopal saling membantah. Radha menempelak kedua-dua lelaki tersebut kerana
bagi Radha, dia boleh hidup bahagia dengan menunaikan kewajipan sebagai seorang
isteri yang setia. Mempertahankan perkahwinan adalah suatu tugas mulia Radha
menegaskan bahawa seorang wanita bukanlah sebuah bag pakaian (suitcase)
yang boleh dibawa oleh seorang lelaki dan esoknya boleh bertukar tangan dan
dibawa oleh lelaki yang lain. Gopal pula tidak sanggup mengkhianati sahabat
baiknya dan akhirnya memilih untuk membunuh diri.

Persamaan
signifikan antara kedua filem ini ialah tindakan watak-watak lelaki sebenarnya
dimotivasikan oleh sistem PATRIARKI. Tindakan Aduka yang akur dan merelakan
pertunangan Dara dengan Taruna
bertunjangkan faktor patriarki. Pertama, Taruna adalah sahabat baiknya. Kedua,
ayah Dara ialah ketuanya yang patut dipatuhi. Paling ketara ialah dialog Taruna
ketika mengetahui Aduka dan Dara telah berzina. Dia tidak marah kepada Aduka
kerana menodai tunangnya Dara. Cuma Taruna merasa kecewa kerana sahabat
baiknya Aduka terjerumus melakukan perbuatan yang diharamkan oleh agama. Dia
amat kesal kerana katanya “Aku kasihkan kau lebih daripada Dara”. Keputusan
Taruna menyerahkan Dara kepada Aduka dan tindakan Gopal tidak membantah
perkahwinan Radha-Sunder berasaskan faktor persahabatan antara protagonis
lelaki kedua filem. Walaupun Gopal mencintai Radha tetapi Gopal lebih
menghormati persahabatannya dengan Sunder. Rumusannya, tindakan protagonis
lelaki di dalam filem-filem ini bukanlah
dimotivasikan oleh wanita tetapi oleh lelaki. Mereka berfikir dan bertindak
kerana motivasi lelaki lain.

Konflik cinta tiga segi dalam filem Semerah Padi juga telah mengilhamkan sebuah puisi saya bertajuk Puisi Perang Di Semerah Padi. Puisi ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016 (saja ciwi ?).
”Biar tulang tinggal sekerat. Namun berundur pantang tok nenek!”
(Semerah Padi)