Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

INSTITUSI PEMIKIRAN YANG BERNAMA P.RAMLEE

Majalah Dewan Budaya edisi Jun 2023 memuatkan artikel saya yang bertajuk ”Institusi Pemikiran Yang Bernama P. Ramlee.” Saya muatkan sepenuhnya isi tulisan saya di sini. Sebarang ambilan daripada blog ini hendaklah diberikan kredit. Selamat membaca!

INSTITUSI PEMIKIRAN YANG BERNAMA ‘P. RAMLEE’

Oleh: SITI RAIHANI MOHAMED SAAID

___________________________________________________________________

“Ketika terbetik berita bahawa P.Ramlee akan mengarahkan sebuah filem sebagai ujian untuk kebolehan bangsa Melayu,saya melihat keadaan itu bukan sahaja dari sudut kepentingan perseorangan,atau kebolehan seorang pelakon yang selama ini hanya menerima perintah sahaja,tetapi juga sebagai satu ujian besar yang harus diambil perhatian yang serius. Untuk itu,saya sering menitikberatkan tulisan-tulisan saya agar dapat memberikan semangat dan dorongan kepada P.Ramlee untuk memikul beban tersebut dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab.”

(Abdullah Hussain, 2016 ms.148)

 

Tarikh 29 Mei 2023 menandakan genap 50 tahun Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Dalam tempoh separuh abad, apakah perubahan besar yang berlaku dalam industrI seni tanah air, khasnya dari aspek pemikiran? Bagaimana dunia seni budaya mendepani kemajuan teknologi, seiring dengan landskap sosiopolitik dan sosioekonomi? P. Ramlee adalah seorang seniman yang terpenting sehinggakan zaman penghasilan filem tempatan oleh sistem studio sepanjang dekad 1950-an dan awal 1970-an dianggap secara umum sebagai ‘zaman P. Ramlee’.  Pengarah filem lain seperti Hussein Hanif, M. Amin dan Jamil Sulong turut mempamerkan karya yang bermutu tinggi, tetapi P. Ramlee mempunyai satu impak yang tidak dimiliki oleh mereka semua. Menurut Anuar Nor Arai, Hussein Hanif dianggap sebagai seorang pembikin filem yang lebih ‘tulen’ berbanding dengan P. Ramlee yang bersifat ‘penghibur rakyat’ dan seniman ‘allrounder’. Filem Jebat (1961) arahan Hussein Hanif sebagai contoh, mempunyai syot-syot yang sangat baik kerana ketelitian kerja kamera beliau. Tetapi dari sudut pemikiran dan faktor kekenalan dalam kalangan masyarakat, hal ini harus diakui milik P. Ramlee.

Setelah 50 tahun pemergiannya, P. Ramlee atau nama lahirnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh telah mencapai satu status ikonik yang belum dicapai oleh karyawan seni yang lain.  Nama beliau diabadikan pada infrastruktur seperti jalan, bangunan serta sekolah. Karya-karya beliau melalui banyak proses apresiasi dan tafsiran semula oleh karyawan baharu. Sempena ulang tahun kelahiran P. Ramlee yang ke-88 pada 22 Mac 2017, Google telah mengenang P. Ramlee melalui Doodle khas pada laman utama Google Malaysia (Asia News Network, 23 Mac 2017). Faktor kekenalan yang dimiliki oleh beliau telah dimanfaatkan seluas-luasnya dalam media baharu, termasuk dalam satira politik. Banyak sendaan (troll) dibuat dengan memparodi watak-watak dan babak-babak daripada filem P. Ramlee. Antara contoh mutakhir ialah lagu Tiara nyanyian kumpulan Kris meletup semula apabila dinyanyikan mengikut gaya P. Ramlee oleh P. Radhi, seorang penyanyi dari Melaka. Malah dalam suasana pilihan raya umum yang lalu, sebuah lagu P. Ramlee turut diparodi untuk tujuan kempen.

Demografi untuk filem lebih meluas. Filem mudah diakses oleh khalayak yang lebih besar dan merupakan satu medium pendidikan kepada masyarakat (Bordwell & Thompson, 2008). P. Ramlee menggunakan medium filem untuk mencetuskan kritikan serta kegiatan berfikir dalam kalangan masyarakat. P. Ramlee adalah tokoh penting dalam pembinaan jatidiri bangsa. Dalam Seminar P. Ramlee: Ikon Perpaduan Kebangsaan, Antarabangsa dan Warisan Negara (2015), Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyatakan bahawa kajian mengenai pemikiran dan sumbangan P. Ramlee dari aspek sejarah dan perkembangan masyarakat haruslah diperbanyakkan.

Filem sewajarnya dihasilkan tanpa dibuai emosi berlebihan supaya dapat membentuk bangsa menjadi lebih maju serta berdaya saing (Hatta Azad Khan, 2003, p.180).  Menurut Teguh Karya,sesebuah filem dianggap berjaya jika penonton dapat melihat diri mereka di layar. P. Ramlee mula berkarya semasa era kebangkitan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang menggerakkan slogan ‘Seni Untuk Masyarakat’. Slogan ini menunjukkan komitmen mereka terhadap masyarakat. Menurut Keris Mas, sastera patut lahir daripada pergolakan dan perjuangan masyarakat (Keris Mas, 1979, p.131). Pegangan dan pengaruh Gerakan ASAS 50 ini turut mempengaruhi dunia filem Melayu yang ketika itu berpusat di Singapura. Oleh yang demikian, skrip filem yang ditulis tidak mungkin terpisah jauh dari masyarakatnya (A. Wahab Hamzah, 2003, p.76).

Dalam dunia kesusasteraan, pengarang-pengarang telah menjadikan diri mereka bukan sahaja sebagai pemerhati yang memberikan kritikan dan komentar tetapi juga menyarankan sesuatu yang harus dilakukan, yang patut dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada pemerintah mahupun rakyat sendiri. Malah lebih jauh daripada itu mereka juga menjadi tukang ramal yang membuat ramalan masa depan terhadap nasib negara mereka. Peristiwa-peristiwa yang ada dalam karya berlaku di alam nyata beberapa waktu kemudian, seperti rampasan kuasa dan kebangkitan kuasa tertentu dalam pemerintahan. Mereka melihat setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka dengan pandangan yang kritikal dan cuba berusaha untuk mencari punca segala kepincangan itu.

Kritikan sosial merupakan tema dominan dalam filem P. Ramlee (Wan Hashim Wan Teh, 2003, p.320) dan P. Ramlee telah mengutarakannya, terutama dalam filem bergenre komedi. Dalam satu laporan di Berita Harian yang bertajuk ‘’Nasib Labu Labi-Filem Yang Banyak Pengajaran’’, P. Ramlee menyatakan bahawa filem tersebut tidak menceritakan kisah-kisah khayal semata-mata tetapi ‘’adalah kisah kenyataan yang sering terjadi dalam lingkungan orang-orang Melayu sendiri. Kiranya masyarakat mengingini cerita-cerita yang bercorak komedi maka baiklah kita buat filem itu tetapi haruslah disadurkan dengan berbagai tunjuk ajar yang boleh mendatangkan keinsafan kepada mereka. Saya berkali-kali hendak mencuba membuat filem yang lebih berat, tetapi melihat keadaan masyarakat yang tidak begitu senang menerima cerita-cerita berat, maka saya pula cuba mengalihkan pandangan saya ke jurusan lain yang tujuannya serupa juga-memberi tunjuk ajar kepada masyarakat Melayu.’’ (27 April 1963).

Dalam satu laporan di akhbar yang sama bertajuk ‘’Filem Laksemana Do Re Mi Usaha Akhir P. Ramlee’’, P. Ramlee dipetik sebagai berkata ‘Tiap-tiap satu adegan untuk filem ini saya gambarkan tidak semata-mata bikin penonton ketawa, tapi bikin penonton insaf terhadap tipu daya manusia terhadap manusia sejak zaman bermula. Ketawa yang membawa kepada kesedaran dan kenyataan hidup yang dihadapi oleh manusia.’’ (Rendra Othman, 25 Februari 1973).

Menurut Hassan Muthalib yang menganalisis elemen parodi dalam filem-filem arahan Mamat Khalid, beliau mendapati bahawa parodi Mamat Khalid bukan hanya untuk menyindir secara halus tetapi sindirannya adalah untuk membuka mata khalayak agar memperbaiki diri dengan melihat diri mereka pada watak-watak di layar (2018). ‘’Humour is an instrument for deconstructing society, often looking upon areas that are otherwise sealed off. Some topics, it seems, we can only discuss while laughing’’, seperti yang dinyatakan Le Goff (1989 p.2). Hal yang sama turut diperolehi apabila mengkaji filem-filem P. Ramlee. P. Ramlee banyak mengetengahkan isu-isu masyarakat dalam filemnya dengan menggunakan unsur satira. Satira amat sesuai digunakan dalam keadaan masyarakat tempatan yang sukar menerima kritikan yang berterus-terang.

P. Ramlee sebagai seorang seniman yang peka terhadap masalah yang timbul pada zamannya telah menggunakan pelbagai cara untuk merakamkan fikiran dan ideanya, Oleh itu beliau menggunakan kiasan dan sindiran. Unsur kiasan dan sindiran lebih mudah disampaikan dalam bentuk cerita parodi ataupun cerita yang tidak menggambarkan latar semasa. Idea-idea lebih bebas untuk diteroka dalam cerita berunsur khayalan. Ramai pengarang menggunakan latar zaman silam sedangkan mereka ingin mengkritik watak-watak tertentu pada zaman kontemporari. Satira merupakan salah satu kaedah bagi mengelakkan kedudukan para seniman ini terancam oleh pihak yang menjadi sasaran kritikan dan sindiran mereka.

P.Ramlee juga membuktikan kejayaanya dengan memenangi beberapa anugerah peringkat antarabangsa melalui filem genre komedi. Filem Pendekar Bujang Lapok, misalnya, telah dipilih untuk menerima Anugerah Komedi Terbaik pada tahun 1959 di Filem Festival Asia ke-6, Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau menerima Anugerah Filem Komedi Terbaik Seluruh Asia menerusi filem Madu Tiga pada tahun 1964 di Festival Filem Asia ke 11 di Taiwan (Awang Azman Awang Pawi & Khor Chooi Lian, 2005, p.106).

Namun agak menarik untuk diperhatikan bahawa empat buah filem terawal arahan P.  Ramlee mempunyai genre atau gaya pengarahan yang berbeza-beza. Beliau tidak bermula dengan genre komedi, malah filem kelima arahannya, Bujang Lapok juga lebih berat elemen dramanya. Filem-filem terawal arahan P. Ramlee boleh dikelaskan seperti berikut:

  1. Penarik Beca (1955) ialah sebuah filem bergenre drama tentang pertembungan kelas. Watak heroin filem ini, Azizah (lakonan Saadiah) dimunculkan buat kali pertama di sebuah sekolah kemahiran yang mottonya ialah Mencergaskan Wanita Harapan. Sekolah ini yang boleh dikatakan sebuah ‘finishing school’ untuk wanita muda melambangkan bahawa Azizah bakal menjadi ejen perubahan dalam hidup seseorang. Ghazali, iaitu watak antagonis pula dimunculkan pertama kali di sebuah kabaret ketika sedang menari tarian samba bersama kawan-kawannya. Beliau bertindak meninggalkan kabaret tersebut apabila penganjur persembahan mempertunjukkan tarian tradisional Melayu. Nilai-nilai tradisi sudah hilang dari diri Ghazali. Pertentangan binari yang disampaikan oleh P. Ramlee dalam filem Penarik Beca adalah seruan untuk bangsanya berubah ke arah keadaan yang lebih baik, iaitu melalui pendidikan. Azizah menerima pendidikan yang boleh dikatakan di peringkat tinggi dan menyarankan Amran, lakonan P. Ramlee supaya masuk ke sekolah malam agar keadaan hidupnya sebagai seorang penarik beca dapat diubah.
  2. Semerah Padi (1956) ialah sebuah purbawara yang mengambil isu pelaksanaan hukum Islam sebagai cerita depan (foreground story). Namun P. Ramlee dikatakan menjadikan Semerah Padi sebagai sebuah ‘wacana terpendam’ tentang krisis politik bangsa ketika itu. Watak Taruna dan Aduka mewakili dua buah parti siasah yang bertelagah manakala watak Dara adalah alegori sebuah tanah air. Anuar Nor Arai menyatakan bahawa Semerah Padi merupakan filem Melayu pertama yang sebenar, walaupun telah banyak filem Melayu diterbitkan sejak tahun 1933. Namun filem-filem tersebut diarahkan oleh pengarah-pengarah dari India yang tidak memahami jiwa bangsa Melayu. Kredibiliti watak tidak dipersoalkan, apatah lagi ciri perwatakan bangsa, falsafah atau pegangan hidup.  Sebilangan besar pengarah India ini tidak memahami budaya, adat resam dan pemikiran tempatan (Hatta Azad Khan, 2003).
  3. Panca Delima (1957) ialah sebuah epik khayalan yang penuh dengan unsur arketaipal ‘pengembaraan seorang wira’. Filem ini mempunyai pengaruh kisah dongeng Cinderella dan The Beauty and The Beast, tetapi banyak disesuaikan dengan elemen tempatan. Contohnya, P. Ramlee menggunakan kata bual berirama sepanjang cerita serta menyambung naratif babak ke babak dengan rangkap syair.
  4. Sumpah Orang Minyak (1958) dapat dianggap sebuah ‘psiko-thriller’ yang meneroka elemen yang agak berani dalam alam Melayu, iaitu alam bunian dan perjanjian dengan syaitan. Terdapat satu babak yang agak kontroversi dalam filem ini, iaitu babak Si Bongkok menendang-nendang batu nisan ayahnya sambil mempertikaikan takdir Tuhan yang dianggapnya begitu malang. Filem ini bermain dengan sisi gelap manusia dan alam di sebalik mata. Tuhan ‘menjawab’ persoalan Si Bongkok dengan menghantarnya ke alam bunian. Si Bongkok yang hodoh dan cacat berubah menjadi cantik setelah mandi dalam air bahtera Nabi Nuh alaihissalam. Setelah menjadi cantik, Si Bongkok terikat dengan syarat dari Penghulu Bunian bahawa dia tidak boleh membunuh sesama manusia serta melakukan kerosakan di muka bumi demi mengekalkan rupa parasnya. Namun Si Bongkok adalah juga manusia biasa yang tidak dapat mengawal egonya yang paling dalam. Setelah membunuh musuhnya, rupa Si Bongkok bertukar menjadi halimunan. Wajah cantik yang diidam-idamkannya selama ini tidak lagi dapat dilihat oleh manusia lain. Untuk mendapatkan semula rupa parasnya seperti biasa, Si Bongkok membuat perjanjian dengan Syaitan.

 

Keempat-empat filem terawal ini menunjukkan P. Ramlee masih meneroka ruang kreativiti sebagai seorang pembikin filem. Percubaan membina jatidiri sebagai pengarah menemui rentaknya apabila beliau mula mengarahkan filem-filem komedi seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Madu Tiga dan Tiga Abdul. Hal ini diteruskan apabila P. Ramlee berpindah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur menerusi filem-filem seperti Masam-masam Manis, Ahmad Albab, Anak Bapak, Keluarga 69 dan trilogi Do Re Mi.

Petikan dialog dan nama-nama watak dalam filem komedi P. Ramlee lebih diingati, berbanding petikan dialog filem pengarah lain. Setiap peristiwa yang berlaku dalam senario politik tempatan misalnya, akan dipadankan dengan babak popular daripada filem-filem P. Ramlee. Musang Berjanggut (1959) ialah sebuah filem tentang mobiliti sosial. Apabila Sultan Alam Shahbana gagal beroleh pewaris takhta, baginda membuka pintu istana dengan mengambil anak angkat dari kalangan rakyat jelata. Ada satu persoalan menarik di sini; mengapakah Sultan tidak mengambil anak angkat atau menamakan pewaris dari kalangan anak-anak raja dan keturunan bangsawan juga? Tun Nila Utama telah memecahkan tradisi feudal. Beliau dan isterinya, Puspawangi ialah rakyat biasa tetapi berjaya masuk ke dalam istana dan mencabar pemerintahan. Watak Tun Nila membuktikan bahawa seorang pentadbir yang baik bukan berdasarkan faktor keturunan semata-mata tetapi terbentuk melalui didikan, asuhan dan keperibadiannya. Kebijaksanaan seorang wanita juga penting supaya seganding dengan suami yang menjadi teraju kerajaan. Watak Puspawangi berjaya mengajar para pembesar negeri bahawa tidak sepanjang masa mereka boleh mendapat segala keinginan, apatah lagi melalui jalan yang menyeleweng. Dengan salutan gaya jenaka, penonton hampir melupakan satu babak yang agak sensitif dalam Musang Berjanggut, iaitu babak Puspawangi ‘menunggang’ bapa mentuanya sendiri seperti kuda.

Pendekar Bujang Lapok (1959) membawa cerita kapitalisme dan perlunya pendekar untuk menentang kapitalis. Namun pendekar mesti lahir dari pendidikan, bukan sekadar melalui ilmu fizikal,tetapi juga melalui ketahanan mental dan spiritual. Belajar silat ialah ilmu fizikal, namun babak bertapa di perigi buta, rumah kosong serta kubur lebih diingati. Pendekar sebenar bukan sekadar handal bertempur dengan musuh yang nyata.

Proses pembelajaran tiga orang calon pendekar dalam filem ini sudah bermula sebelum mereka membuka kuda-kuda bersama Wak Mustar. Mereka belajar berbudi bahasa dengan tuan rumah, mereka belajar meminta maaf dan mereka belajar merendahkan ego dengan meminta Aini, iaitu pembantu rumah Wak Mustar membacakan surat kiriman Ros kepada mereka bertiga. Ketika di penambang, watak Aziz cuba mencuri duit dari tauke sampan. Tetapi setelah sampai ke seberang, poket bajunya bocor. Sebelum belajar ilmu fizikal, Wak Mustar mendapati mereka bertiga buta huruf dan menghantar mereka ke sekolah. P. Ramlee menyarankan bahawa pendekar sebenar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah dalam menghadapi masyarakat serta kesedaran bahawa untuk menuntut ilmu, jiwa harus bersih. Perbuatan Aziz mencuri duit adalah tidak berkat dan mereka berusaha juga mendapatkan kemaafan Ros yang menyangka mereka bertiga adalah pencuri, seperti dialog Ramlee ‘’Kita mesti minta maaf dengan anak Pakcik tu. Kalau tidak tak sedap tinggal di sini.’’

Terdapat sejumlah filem P. Ramlee yang menyelitkan saranan atau penyelesaian terhadap persoalan agama dan isu-isu yang agak sensitif. Dalam filem Anak Bapak (1968), terdapat babak di mana Harun selaku majikan terpaksa meminjam isteri pekerjanya, Saleh untuk satu acara kerana telah terlanjur menipu ayahnya, Datuk Mahfiz dengan mengatakan yang beliau sudah beristeri. Terdapat peristiwa yang menyebabkan Harun perlu bermalam dengan isteri Saleh selepas satu keraian, tetapi bagaimanakah hal ini diselesaikan dalam filem? Maka P. Ramlee mewujudkan adegan-adegan jenaka, seperti kenderaan ‘jahanam’ dan Saleh takut hendak pulang pada waktu malam kerana kononnya ada pontianak.  Akhirnya Saleh berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik tidur dan Harun terpaksa tidur di luar. Filem-filem P. Ramlee memberi penyelesaian persoalan agama tanpa perlu menjadi filem bertema Islamik. Hukum perkahwinan sama jantina disebut sepintas lalu dalam Ahmad Albab (1968) melalui dialog antara Masyhur al-Buaya dengan besannya, Sahibul Kastam:

‘’Kalau macam ini, saya suka dengan Si Safar.’’

‘’Masya Allah! Mana boleh!’’

‘’Pasal apa?’’

‘’Laki-laki sama laki-laki mana boleh kahwin!’’

 

Dalam filem Keluarga 69 (1967), hukum berkahwin dengan bekas isteri ayah atau anak juga ditegur sepintas lalu, melalui dialog AR Tompel ‘’Jangan kau buat-buat begitu, Man!’’. Laksamana Do Re Mi (1972) yang merupakan filem terakhir P. Ramlee juga membawa mesej Islamik. Do, Re dan Mi beroleh barang-barang hikmat setelah membantu Puteri Buluh Betong, iaitu tikar terbang, teropong ajaib dan bangsi hikmat. Mengapa watak-watak ini tidak terus meminta diberi kekayaan ataupun wang yang banyak? Mereka meminta teropong ajaib menunjukkan di mana ada peluang pekerjaan. Ketika bertempur dengan Menteri Fasola, mereka juga tidak meminta supaya Fasola terus mati. Sebaliknya, mereka bertanya bagaimana cara untuk mengalahkan Fasola yang kebal itu. P. Ramlee menyarankan konsep ikhtiar untuk mendapatkan sesuatu. Apakah tikar terbang itu metafora kepada sejadah; teropong ialah metafora kepada kitab suci yang memberi panduan; bangsi hikmat adalah metafora kepada berdoa?

Setelah 50 tahun Seniman Agung meninggalkan kita, karya-karyanya terus digali dan dan dikaji. Filem-filemnya yang kini boleh diakses di pelantar media baharu, termasuk Youtube terus mendapat sambutan. Terdapat ribuan komen pelayar di Youtube yang merakamkan penghargaan terhadap filem-filem P.Ramlee,termasuk dalam kalangan generasi muda dan pelayar dari negara jiran. P. Ramlee memiliki keistimewaan dan kekenalan yang dapat menyatukan seluruh lapisan masyarakat melalui karya-karyanya. Setiap masa akan timbul dapatan baharu yang mencetuskan kegiatan berfikir dalam kalangan masyarakat, sekaligus menyerlahkan kehebatan beliau sebagai pemikir. P. Ramlee bukan sekadar seorang seniman berbakat besar. Beliau telah menjadi sebuah institusi pemikiran yang berjaya mencorakkan wajah bangsa.

35 thoughts on “INSTITUSI PEMIKIRAN YANG BERNAMA P.RAMLEE

  1. Thanks for the marvelous posting! I certainly enjoyed reading it, you could be a great author.I will make sure to bookmark your blog and definitely will come back later on. I want to encourage you to ultimately continue your great posts, have a nice weekend!

  2. Puede utilizar un software de gestión para padres para guiar y supervisar el comportamiento de los niños en Internet. Con la ayuda de los siguientes 10 software de administración de padres más inteligentes, puede rastrear el historial de llamadas de su hijo, el historial de navegación, el acceso a contenido peligroso, las aplicaciones que instalan, etc.

  3. La mejor aplicación de control parental para proteger a sus hijos – monitoriza en secreto GPS, SMS, llamadas, WhatsApp, Facebook, ubicación. Puede monitorear de forma remota las actividades del teléfono móvil después de descargar e instalar apk en el teléfono de destino.

  4. Я не могу не отметить стиль и ясность изложения в этой статье. Автор использовал простой и понятный язык, что помогло мне легко усвоить материал. Огромное спасибо за такой доступный подход!

  5. Hello there! I know this is kinda off topic however I’d figured I’d ask. Would you be interested in exchanging links or maybe guest writing a blog article or vice-versa? My website addresses a lot of the same subjects as yours and I feel we could greatly benefit from each other. If you might be interested feel free to shoot me an email. I look forward to hearing from you! Terrific blog by the way!

  6. Надеюсь, что эти комментарии добавят ещё больше позитива и поддержки к информационной статье!

  7. Heya i am for the first time here. I came across this board and I find It truly useful & it
    helped me out much. I hope to give something back and
    aid others like you helped me. I saw similar here: Dobry sklep

  8. Hello there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not
    seeing very good results. If you know of any please share.

    Cheers! You can read similar article here: Sklep online

  9. Я впечатлен этой статьей! Она не только информативна, но и вдохновляющая. Мне понравился подход автора к обсуждению темы, и я узнал много нового. Огромное спасибо за такую интересную и полезную статью!

  10. Hello! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted
    keywords but I’m not seeing very good gains. If you know of any please
    share. Kudos! You can read similar article here:
    Ecommerce

  11. Hello! Do you know if they make any plugins to help with
    Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for
    some targeted keywords but I’m not seeing very good success.
    If you know of any please share. Cheers! You can read similar text here: E-commerce

  12. Hi there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my site to rank for some targeted keywords but I’m not
    seeing very good results. If you know of any please share.

    Cheers! You can read similar blog here: Link Building

  13. Hello! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine Optimization? I’m trying to get my site to rank for some
    targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Cheers! I saw similar art here:
    Auto Approve List

  14. Hello my family member! I wish to say that this post is amazing, nice written and come with approximately all important infos. I’d like to see extra posts like this .

  15. Somebody essentially help to make seriously articles I would state. This is the first time I frequented your website page and thus far? I amazed with the research you made to make this particular publish amazing. Excellent job!

  16. Wow, marvelous blog layout! How lengthy have you ever been running a blog
    for? you make running a blog glance easy. The total glance of your web site is excellent, let
    alone the content material! You can see similar here sklep online

  17. Excellent post. I used to be checking constantly this blog and I am inspired! Extremely helpful information specially the ultimate section 🙂 I deal with such info much. I was seeking this certain information for a long time. Thank you and best of luck.

  18. When I originally commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is added I get several emails with the same comment. Is there any way you can remove people from that service? Thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *