Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

KELUARGA 69; PEREMPUAN PANDAI PENYELAMAT KELUARGA

Ribut juga warga maya bila ada yang menyebut perihal perempuan kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’. Isu yang beliau bawakan itu tak semua salah, cuma perkataan yang dipilihnya buat ramai hangat hati. Di waktu memuncak tekanan dan kesedihan ini, ramai yang sudah tak upaya mentafsir kiasan dan bahasa tinggi. Sekadar pendapat saya.

Disertasi sarjana saya pada tahun 2016 cuba mengukuhkan pandangan bahawa P. Ramlee ialah seorang karyawan lelaki yang ‘feminis’. Beliau juga menyerlahkan watak-watak wanita yang kuat dalam filemnya dan memberi beberapa saranan supaya wanita tidak terus ditindas oleh patriarki dan segala yang negatif di sekeliling mereka. Wanita banyak ‘menyelamatkan’ lelaki dalam filem P. Ramlee, terutamanya filem komedi. Hari ini saya ingin fokus kepada filem Keluarga 69 (Merdeka Studio, 1967).

Dalam Keluarga 69, watak Siti bertemu dengan Osman yang dihalau oleh bapanya dan bermurah hati menumpangkan Osman serta Badim, iaitu rakan Osman di rumahnya. Apabila Osman ditawarkan tinggal di rumah yang disediakan oleh syarikat rakaman piring hitam, Osman mengajak Badim meninggalkan rumah Siti dengan memberi alasan bahawa Siti ialah seorang pelayan dan tinggal di situ akan merendahkan martabat mereka. Hal ini diucapkan di dalam dialog di bawah:

OSMAN: Siti dengan Ani tu kan perempuan pelayan?

BADIM: Eh, pelayan apalah salahnya?

OSMAN: Kalau tinggal bersama-sama pelayan, nanti orang  pandang kita rendah.

BADIM: Saya tak mahulah,Encik!

OSMAN: Kalau kau tak mahu,kau boleh tinggal di sini buat  selama-lamanya. Buat aku, aku tak  mahu             rendahkan maruah aku!

Adegan ini menunjukkan bahawa Osman seorang lelaki yang tidak mengenang budi. Ketika dalam kesusahan, hidupnya telah diselamatkan oleh wanita. Setelah dihalau oleh ayahnya, Osman telah meminta sedikit bantuan kewangan daripada ibunya.  Seterusnya, Osman mengharapkan kebajikan Siti dan sanggup tinggal di rumah seorang pelayan kerana tidak ada tempat lain hendak dituju.  Hal ini berubah apabila Osman menemui seseorang yang dianggap ‘lebih mulia’ dari pelayan iaitu Faridah, sehingga sanggup menghina kembali orang yang telah melindunginya selama ini. Walaupun bekerja sebagai seorang pelayan yang mendapat stigma negatif dari masyarakat, Siti tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Beliau tetap mengirim duit dan surat kepada anaknya, Minah walaupun sudah berjauhan.

Setelah mengetahui kedudukan sebenar, iaitu Faridah hanya berpura-pura mencintainya supaya mengikat kontrak nyanyian dengan syarikat Rashid, iaitu tunang Faridah sendiri, Osman merasa terlalu kecewa. Osman menghabiskan masa dengan minum arak dan kemudian cuba membunuh diri. Ketika cuba terjun dari bangunan tinggi, Siti yang dihinanya telah datang menyelamatkannya dengan kata-kata nasihat. Berikut ialah petikan dialog Siti;

SITI     : Osman…kalau sungguh kaucintakan Faridah, aku tak marah dan tidak merasa kecil hati. Yang aku minta hanya keselamatan kau.

Dialog ini membuktikan keikhlasan Siti terhadap Osman. Dengan ucapan demikian, Siti juga membuktikan kematangannya dalam menangani keadaan. Siti mahukan Osman supaya mengambil tindakan yang betul dan baik untuk dirinya. Kematangan dan pendirian Siti yang kukuh ini terbentuk kerana pada awal cerita, Siti ditunjukkan sebagai seorang wanita yang sudah berkeluarga telah berani mengambil jalan keluar dari kemiskinan yang dihadapinya bertahun-tahun. Jalan keluar tersebut ialah keluar dari ikatan perkahwinan yang tidak memberi kebahagiaan dan kemajuan di dalam hidupnya.

Perkahwinan dalam Keluarga 69 juga ditunjukkan sebagai jalan untuk menjadikan kehidupan seorang wanita lebih baik dan lebih tenang. Siti memilih untuk keluar dari perkahwinannya dengan Abu apabila perkahwinan tersebut tidak memberi kemajuan dan kebahagiaan kepadanya. Beliau kemudian berkahwin pula dengan Osman untuk mendapatkan kehidupan baru yang lebih bahagia. Minah, anak Siti memilih untuk berkahwin dengan Encik Bakar sebagai jalan untuk melindungi dirinya dan menjadikan hidupnya lebih stabil. Minah yang kesunyian kerana ditinggalkan oleh ibu dan ayahnya yang mencari kerja bersetuju untuk menjadi isteri Encik Bakar, walaupun terdapat perbezaan usia antara mereka. Ternyata perkahwinan tersebut membawa banyak kebaikan kepada mereka berdua; Minah mempunyai tempat berlindung, Encik Bakar menjadi lebih tenang, dan kebetulan (nama pun filem!) dapatlah bertemu kembali dengan ibunya yang berkahwin dengan anak Encik Bakar.

Perkahwinan bagi Cik Mah, iaitu ibu kandung dengan Osman juga menarik. Cik Mah berkahwin dengan Abu, iaitu bapa mertua bekas suaminya. Silang-silang dalam filem ni hangpa toksah dok pikiaq sangat, sampai tahun depan pun tak habih. Tapi fokus pada watak Cik Mah (homaj kepada nama ibu P.  Ramlee, iaitu Che Mah Hussin) yang memilih Abu, yang seusia dengan beliau dan tidaklah sekaya bekas suaminya. Perkahwinan bagi mereka berdua adalah atas dasar suka sama suka, seperti dialognya kepada Encik Bakar ‘’Kalau awak boleh kahwin lagi, kenapa saya tak boleh? Awak nak suruh saya bujang sampai mati?’’ Dialog ini menunjukkan bahawa seorang Wanita juga berhak menentukan jalan kebahagiaan hidupnya. Filem ini memberi wajah yang baik kepada watak ibu tunggal dan watak perempuan yang bekerja dalam bidang yang dipandang serong oleh masyarakat ketika itu. Watak-watak lelaki dalam filem ini ditunjukkan sebagai panas baran, pemabuk, suka joli, sukar beroleh pekerjaan, penipu dan manipulatif. Watak-watak perempuan yang kuat, matang dan bijak inilah yang banyak menyelamatkan institusi keluarga dan banyak membantu lelaki-lelaki tadi.

‘’Minah, apa pasal kau pergi kahwin dengan bapak mentua aku?’’

(Keluarga 69)

 

*SEBARANG AMBILAN DARIPADA BLOG INI HENDAKLAH DIBERIKAN KREDIT

16 thoughts on “KELUARGA 69; PEREMPUAN PANDAI PENYELAMAT KELUARGA

  1. We absolutely love your blog and find almost all of your post’s to be what precisely I’m looking for. Do you offer guest writers to write content to suit your needs? I wouldn’t mind creating a post or elaborating on most of the subjects you write related to here. Again, awesome site!

  2. Rastreador de teléfono celular – Aplicación de rastreo oculta que registra la ubicación, SMS, audio de llamadas, WhatsApp, Facebook, fotos, cámaras, actividad de Internet. Lo mejor para el control parental y la supervisión de empleados. Rastrear Teléfono Celular Gratis – Programa de Monitoreo en Línea.

  3. Very good website you have here but I was curious about if you knew of any community forums that cover the same topics discussed here? I’d really love to be a part of community where I can get advice from other experienced people that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Kudos!

  4. Очень хорошо организованная статья! Автор умело структурировал информацию, что помогло мне легко следовать за ней. Я ценю его усилия в создании такого четкого и информативного материала.

  5. Wow, fantastic blog structure! How lengthy have you ever been blogging for?
    you make running a blog glance easy. The total look of your web site is
    excellent, as well as the content! You can see similar here sklep online

  6. Hello there, You’ve performed an incredible job. I will definitely digg it and in my view recommend to my friends. I’m sure they will be benefited from this site.

  7. Hello there! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine
    Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but
    I’m not seeing very good results. If you know of any please share.
    Appreciate it! You can read similar blog here: Sklep internetowy

  8. Good day! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not
    seeing very good gains. If you know of any please share.

    Appreciate it! You can read similar art here: Sklep online

  9. Hey! Do you know if they make any plugins to assist
    with SEO? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very
    good gains. If you know of any please share. Cheers!
    You can read similar article here: Najlepszy sklep

  10. Hi! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my website to
    rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Thank you! You can read similar article here:
    Scrapebox AA List

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *