Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

KEMISKINAN DAN PENDERITAAN MELAHIRKAN KOMEDI

KEMISKINAN DAN PENDERITAAN MELAHIRKAN KOMEDI

BERMULANYA FILEM-FILEM SATIRA P.RAMLEE

  

   FILEM, seperti sastera lahir daripada
keadaan masyarakat. Demikianlah filem-filem komedi P.Ramlee yang boleh dianggap
sebagai filem satira. Dua elemen penting dalam Satira ialah kritikan dan
sindiran. Kritikan bererti kritikan, teguran atau pandangan terhadap
masyarakat. Sindiran bererti memperkatakan sesuatu tetapi membawa maksud yang
lebih dari apa yang tersurat. Dalam sebuah skrip filem, satira menjurus kepada
penceritaan tentang sesuatu pihak tetapi pengkarya sebenarnya bertujuan untuk
mengisahkan hal yang lain yang lebih penting. Kata-kata bual yang digunakan
mengandungi makna implisit. Penciptaannya melibatkan kegiatan berfikir terhadap
masyarakat, kegiatan menganalisis keadaan masyarakat dan kegiatan mencipta
karya sastera.

   

Kredit: Tangkap layar Astro Prima

    

Filem
filem berunsur satira mengandungi pemikiran terhadap masyarakat. Penerbitan
filem-filem satira  ini menandakan
kemunculan kumpulan Melayu yang berfikir tentang nasib bangsa.   Masyarakat Melayu dalam konteks ini ialah
masyarakat dalam era perubahan, khasnya di Singapura pada tahun-tahun 1940-an
dan 1950-an. 

   

SN Usman Awang

  

  P. Ramlee mengarah filem komedi yang
menyindir masyarakat,  bermula dengan
filem Bujang Lapok. Beliau memaparkan watak-watak  yang meninggalkan desa untuk mencari
penghidupan di kota. Masyarakat Melayu yang dipaparkan dalam Bujang Lapok  tinggal beramai-ramai dengan menyewa
bilik-bilik di dalam sebuah rumah induk, dengan berkongsi bilik mandi, tandas
serta dapur. Keadaan ini seterusnya ditemui dalam filem Seniman Bujang Lapok
(1961) dan Masam-masam Manis (1965). Mereka boleh dikatakan tidak
mempunyai ruang sendiri (privacy) sehingga percakapan boleh didengar
oleh orang sebelah menyebelah dan perlakuan seharian mereka boleh diintai. Hal
ini merupakan satu keadaan yang menyedihkan tetapi konvensi komedi telah
menyebabkan kesedihan itu dilupai.

     

Jamil Sulong

         

            Keadaan bilik bilik sewa yang
digambarkan oleh P. Ramlee adalah cerminan realiti masyarakat pada masa itu.
Hal ini dapat dirujuk kepada pengakuan seorang lagi pengarah filem di Malay
Film Production, iaitu Jamil Sulong tentang tempat tinggal mereka di Singapura pada
tahun 1951. Setibanya di Singapura, Jamil Sulong menumpang di rumah Jymy Asmara
yang merupakan sebuah bilik di Kampung Batak, Jalan Eunos, Kampung Melayu. Kata
Jamil, “Bilik itu sungguh kecil, bahkan pernah kami gelarkan bilik sarang
tikus. Tetapi tempat itu bersejarah juga, kerana ramai penulis-penulis dari
Semenanjung yang berkenalan dengan Jymy datang berkunjung dan tidur di situ’’.
(Zurinah Hassan, Sasterawan Negara Usman Awang, DBP. 2006.)
           Pemaparan penderitaan
dan kemiskinan rakyat biasa adalah selaras dengan  ideologi Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
yang memperjuangkan karya-karya realistik yang memaparkan masyarakat. P. Ramlee
sebagai seorang karyawan yang mempunyai hubungan dan berkawan dengan penulis-penulis
seperti Usman Awang dan A.Samad Said telah menerapkan ideologi ini dalam skrip Bujang
Lapok
. P. Ramlee mengambil serius akan peranan filem dalam mendidik
masyarakat melalui tugas pengarah yang diserahkan kepadanya oleh Studio Shaw
Brothers pada tahun 1955. Di sini kita melihat kepentingan peranan golongan
karyawan seni dalam masyarakat yang sedang berdepan dengan kemodenan. 

Tangkap layar Astro Prima

   

       P.
Ramlee sebagai pengarah filem yang paling berpengaruh ketika itu telah
menggunakan kebolehannya untuk menyampaikan mesej didaktik kepada masyarakat di
sekelilingnya. Antara isu yang penting dalam masyarakat ketika itu ialah
dekolonialisasi, perubahan pesat dan kemiskinan. ASAS 50 itu sendiri terbentuk
daripada keadaan pasca-perang yang menunjukkan bahawa kemiskinan, pergeseran
kelas dan pengangguran menjadi cabaran utama dalam masyarakat. Hubungan P.
Ramlee dengan ASAS 50 telah terjalin kerana P. Ramlee, HM Rohaizad dan Jamil
Sulong telah berkenalan dengan Usman Awang dan penulis-penulis lain di
Singapura Hal ini diceritakan oleh Usman Awang kepada Zurinah Hassan, seperti
yang terakam dalam buku Sasterawan Negara Usman Awang (DBP,
2006:25). 

Tangkap layar Astro Prima

    

            Orang-orang miskin datang ke bandar
untuk mencari pekerjaan dan mereka tidak ada kelulusan tinggi. Dalam Bujang
Lapok,
Ramlee menjadi jurujual, Aziz menjadi pemandu lori manakala Sudin
adalah seorang kerani kecil. Jawatan Sudin yang tidak dianggap tinggi inilah
yang digelar oleh Mak Zaiton sebagai ‘orang kebanyakan’ atau ‘bujang lapok’ dan
tidak layak mengahwini anaknya. Di antara tiga orang watak utama tersebut,
Sudin merupakan orang Singapura atau orang tempatan, kerana sering dilawati
oleh ibunya, Mak Sudin. Sudin tinggal di rumah sewa di pinggir bandar  untuk lebih mudah berulang alik ke tempat
kerja.

  

Tangkap layar Astro Prima

    

            Isu kemiskinan adalah selaras dengan
karya-karya sastera yang lahir sezaman dengannya. Namun begitu, isu ini sangat
berbeza bila dilihat secara komedi.  P. Ramlee telah memaparkan insiden
insiden lucu yang berlaku akibat tinggal bersama. Kemiskinan juga menjadi tema
karya sastera tetapi dalam suasana yang berbeza. Keadaan hidup di rumah rumah
sewa seperti dalam Bujang Lapok turut digambarkan dalam karya sastera,
misalnya dalam cerpen Manusia dan Hidup karya Usman Awang yang
disiarkan dalam Utusan Zaman (10 Jun 1951). Cerpen ini menceritakan
kehidupan orang-orang miskin di Singapura dengan masalah paling besar, iaitu
perumahan. Mereka menyewa rumah-rumah berderet yang sempit yang tidak sepadan
dengan sewanya. 
Demikian
keadaan masyarakat yang telah melahirkan filem-filem komedi P.Ramlee
”Orang
kebanyakan tu apa?Semuanya kelabu asap!”
(Bujang
Lapok)
*sebarang
ambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit.

 

 

11 thoughts on “KEMISKINAN DAN PENDERITAAN MELAHIRKAN KOMEDI

  1. Wow, awesome weblog layout! How long have you been blogging
    for? you make blogging look easy. The whole look of your website is magnificent, let alone the content material!
    You can see similar here sklep online

  2. Hey! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted
    keywords but I’m not seeing very good gains. If
    you know of any please share. Kudos! You can read similar article here: Najlepszy sklep

  3. Hi there! Do you know if they make any plugins to help
    with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to
    rank for some targeted keywords but I’m not seeing very
    good success. If you know of any please share. Kudos!
    You can read similar blog here: Dobry sklep

  4. Hi! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine Optimization? I’m trying to get my website to rank for
    some targeted keywords but I’m not seeing very good success.
    If you know of any please share. Cheers! You can read similar text here: Scrapebox AA List

  5. Hi there! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
    I’m trying to get my site to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Thank you! I saw
    similar art here: Backlinks List

  6. Hi there! Do you know if they make any plugins to assist with
    Search Engine Optimization? I’m trying to get my website to rank
    for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Thanks! You can read similar text here: GSA Verified List

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *