Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

ZAITON DAN KONFLIK MEMILIH JODOH

Filem dan karya sastera sering memaparkan pergolakan masyarakat yang merubah watak dan pemikiran individu.  Watak yang dibicarakan di sini ialah Zaiton dalam filem Bujang Lapok arahan P.Ramlee (1957). Zaiton adalah gadis di ambang perubahan zaman yang berhadapan dengan  isu perkahwinan dan pemilihan jodoh.

Zaiton telah menjalin hubungan dan memilih Sudin untuk menjadi suaminya. Hal ini dilihat sebagai satu keberanian dan penyimpangan dalam konteks masa itu kerana pada waktu itu, anak–anak perempuan mesti menerima jodoh yang dipilih oleh ibu bapa. Hal ini digambarkan dengan jelas dalam novel-novel yang diterbitkan pada  akhir tahun  1940-an dan awal 1950-an, iaitu sekitar latar masa masyarakat yang digambarkan oleh filem Bujang Lapok.

Perbincangan yang serupa boleh dilihat misalnya dalam novel Cincin Kahwin (1949) karya Jahlelawati. Watak utama novel ini ialah Norwani yang dijodohkan dengan Mister Daruan, iaitu seorang peguam. Walaupun ibu bapa memberi Norwani peluang memilih tetapi Norwani memilih untuk menerima cadangan ibu bapa kerana itu dianggap tanggungjawab anak sebagai satu bakti kepada ibu bapa. Perkahwinan itu tidak mendatangkan kebahagiaan kerana sifat Mister Daruan yang angkuh dan suka menghina orang lain serta berlaku curang terhadap isterinya. Jahlelawati menonjolkan sifat kewanitaan atau feminin dan moral tinggi pada watak utama novelnya.

Anak-anak perempuan taat kepada ibu bapa terutamanya berkaitan dengan pemilihan jodoh dan tidak membantah pilihan ibu bapa. Novel Salmi Manja, iaitu Hendak Hujan Hujan Sekali (Pustaka Melayu Baru, 1967) mengemukakan tema kahwin paksa dan lelaki yang tidak peka terhadap perasaan wanita. Dalam novel tersebut, watak Zainab cuba menolak cadangan ayah untuk berkahwin dengan lelaki yang agak tua dan sudah mempunyai dua orang isteri.  Hal ini dimanifestasikan melalui dialog ayah Zainab “Aku dah katakan setuju. Kau jangan conteng arang ke muka aku. Aku sengaja nak berlembut. Kalau dah tak mahu lembut, aku akan berkeras. Aku ni bapa kau.’’ (Salmi Manja 1967:27).  Hal sedemikian membuktikan bahawa anak perempuan tidak sekali-kali boleh membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh ayahnya. Sebarang bantahan akan memalukan keluarga. Pengarang menonjolkan sifat ketidakpekaan bapa yang lebih mementingkan diri sendiri untuk mendapat menantu kaya, di samping menonjolkan kuasa lelaki dalam masyarakat patriaki. Anak-anak gadis pada waktu itu dikahwinkan dalam usia terlalu muda. Adalah sesuatu yang dianggap memalukan keluarga jika anak gadis berusia lebih 20 tahun tetapi masih tidak berkahwin,

Berbalik kepada Zaiton, beliau digambarkan berada dalam dilema antara keinginan bersuamikan Sudin dan keperluan mentaati ibunya. Hal ini dapat dilihat pada adegan awal yang memperkenalkan  Zaiton. Zaiton membuka tingkap pada waktu Sudin pulang dari kerja dan mereka saling melambai. Pada masa yang sama Zaiton melihat ke dalam rumah bagi memastikan perbuatannya tidak dilihat oleh sesiapa, khasnya ibunya.  Zaiton berani melambai teman lelakinya tetapi masih tidak berani atau takut kalau perbuatannya diketahui.

Hubungan Sudin dan Zaiton dianggap satu pelanggaran konvensi, iaitu menjalin hubungan cinta tetapi masih tidak berani berterus terang, Justeru itu perhubungan mereka berjalan melalui isyarat yang hanya mereka fahami.  Jika mahu berjumpa, Sudin mengetuk botol dan Zaiton akan melihat keluar jendela.  Mereka bertemu di tempat rahsia.  Zaiton digambarkan berlari tergesa-gesa dan sentiasa dalam keadaan waspada. Bila terdengar suara ibunya memanggil, beliau terganggu dan berkata “emak sudah terjerit-jerit”.

Suara ibu yang dapat didengar dari tempat pertemuan itu menunjukkan tempat tersebut tidak jauh dari rumahnya. Ini juga menunjukkan Zaiton tidak berani pergi jauh dan lebih selesa berada di situ supaya dapat segera pulang kalau ibunya memanggil. Tindakannya pulang segera bila dipanggil menunjukkan bahawa Zaiton juga masih menghormati ibunya di samping takut rahsianya terbongkar.

Sudin dan Zaiton menjalin hubungan walaupun sedar akan halangan yang dihadapi, khasnya kerana mereka berada dalam kelas yang berbeza. Ibu Zaiton (dikenali sebagai Mak Zaiton) telah menyatakan harapan untuk bermenantukan orang kaya.

ZAITON: Aku khuatirlah, Bang Sudin. Mak aku mengatakan yang    dia tak suka aku kahwin dengan kerani,tapi dia suka pada orang kaya!

Dari ini penonton melihat satu aspek masyarakat iaitu konflik kelas. Pasangan ini berada dalam kelas ekonomi yang berbeza. Sudin adalah golongan yang tidak mampu memiliki rumah sendiri lalu menyewa beramai-ramai di rumah Cik Normah. Orang-orang yang memiliki rumah sendiri seperti Zaiton pula berada pada status ekonomi yang lebih tinggi.

Keberanian Zaiton mengakibatkan konflik dengan ibunya. Perselisihan faham dan perbezaan pendapat banyak ditampilkan dalam beberapa perbualan mereka ketika berada dalam rumah di awal filem. Misalnya, ketika Zaiton digambarkan terus berjalan memintas ibunya dan mengucapkan dialog dengan muka yang masam. Nada suaranya juga menunjukkan unsur penolakan dan marah melalui ucapan ‘’Tak siapa ingin berlaki!’’.

Dialog-dialog tersebut menunjukkan unsur keingkaran dalam diri Zaiton. Walaupun sebelum adegan ini, Zaiton telah berjumpa dengan teman lelakinya, Sudin, dan telah merancang untuk berkahwin, beliau telah menafikan sebarang keinginan untuk berkahwin apabila hal itu disentuh oleh ibunya.  Dialog Zaiton itu juga merupakan protes terhadap sikap ibunya yang dianggap gemar mengongkong pergerakannya.

Perselisihan pendapat tentang pemilihan jodoh dilihat apabila Zaiton bertanya, mengapa ibunya tidak suka beliau berkahwin dengan orang kebanyakan. Mak Zaiton memberi jawapan menerusi dialog:

MAK ZAITON: Orang kebanyakan tu apa? Semuanya kelabu asap! Kais pagi,makan pagi.Kais petang makan petang. Kan bagus kau kahwin dengan orang kaya?Sampai tua kau boleh senang!

Mak Zaiton sering memberi nasihat supaya anaknya beringat dan merancang masa depan. Zaiton patut mencontohi beliau yang menyimpan cincin berlian untuk pelaburan dan bekalan pada masa yang memerlukan. Namun Zaiton telah menyuarakan pendapat yang berbeza melalui dialog yang dituturkan dengan nada yang lembut: “Pendirian mak berlainan dengan Eton. Eton tak sukalah kahwin dengan orang kaya…’’

Pendirian Zaiton yang tegas ingin berkahwin dengan Sudin ditunjukkan melalui keberaniannya menolak jodoh yang dicadangkan oleh ibunya. Berbeza dengan adegan sebelum ini, kali ini Zaiton jelas membuat penolakan kerana ibunya telah menyebut nama individu tertentu yang dicadangkan khusus sebagai jodohnya. Dalam konteks masa itu, menolak pilihan ibu adalah suatu pelanggaran norma dan kesopanan seorang anak gadis.

Dari sudut lain, perwatakan Mak Zaiton juga dapat dilihat sebagai agak berlembut dengan anaknya. Beliau mempunyai pilihan untuk anaknya tetapi masih bertanya pendapat Zaiton. Bagaimanapun, Mak Zaiton amat kecewa dan terkejut dengan keberanian Zaiton menolak jodoh pilihannya. Ini menunjukkan pertanyaan itu tidak bermakna sama sekali kerana jawapannya tidak boleh berbeza daripada apa yang dikehendaki. Jawapan Zaiton menyebabkan ibunya mengesyaki Zaiton sudah ada hubungan sulit, malah terkena ubat guna-guna, seperti dalam dialognya.

‘’Tengoklah anak-anak di zaman sekarang. Kalau kita pilih,semua tak suka.Ini mesti ada perhubungan yang sulit!’’

Zaiton menghadapi konflik yang sering dihadapi oleh Wanita-wanita yang sezaman dengannya, yang berani menyimpang dari konvensi., iaitu cara untuk berdepan dengan nilai-nilai masyarakat yang ditunjangi oleh sistem patriarki. Zaiton menghadapi tekanan dalam impiannya untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya dan komitmen untuk mentaati ibu yang mahu melihat anaknya berkahwin dengan lelaki kaya. Walau bagaimanapun keupayaannya berbincang dan menyuarakan pendapat sudah dianggap satu keberanian dan perubahan. Ini adalah perbezaan yang jauh daripada watak Dara dalam filem Semerah Padi dan gadis-gadis dalam filem-filem tragedi yang tidak tidak langsung dapat menyuarakan perasaan mereka atau hanya memendam rasa.

‘’Ayu,go to..tidurlah’’

 (Bujang Lapok)

*SEBARANG AMBILAN DARIPADA BLOG INI HENDAKLAH DIBERIKAN KREDIT

12 thoughts on “ZAITON DAN KONFLIK MEMILIH JODOH

  1. Suivre le téléphone portable – Application de suivi cachée qui enregistre l’emplacement, les SMS, l’audio des appels, WhatsApp, Facebook, photo, caméra, activité Internet. Idéal pour le contrôle parental et la surveillance des employés. Suivre le Téléphone Gratuitement – Logiciel de Surveillance en Ligne.

  2. Wow, incredible blog layout! How lengthy have you been running a blog for?
    you make blogging glance easy. The entire glance of your web site is excellent, as smartly as the content!

    You can see similar here sklep internetowy

  3. Hello there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?

    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but
    I’m not seeing very good success. If you
    know of any please share. Kudos! You can read similar art here:
    Dobry sklep

  4. Howdy! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords but I’m
    not seeing very good success. If you know of any please share.
    Kudos! You can read similar article here: Backlinks List

  5. Hi there! Do you know if they make any plugins to assist
    with SEO? I’m trying to get my site to rank for some targeted
    keywords but I’m not seeing very good gains. If you know
    of any please share. Kudos! You can read similar article here:
    Backlinks List

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *