TRIBUT 60 TAHUN BUJANG LAPOK

Himpunan catatan 3 tahun lalu. Pada 30 November 2017, Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik dengan
kerjasama ASWARA dan Ampas Legend Network menganjurkan Forum Tribut 60 Tahun Bujang Lapok, bertempat di ASWARA. Pada 30 November 1957, filem Bujang Lapok arahan Tan Sri P.Ramlee ditayangkan buat pertama kalinya (tayangan tengah malam). Forum ini terbahagi kepada dua segmen.

Segmen pertama berbentuk wacana dan kritikan terhadap filem Bujang Lapok khususnya dan stail kerja P.Ramlee secara keseluruhannya. Panel untuk segmen pertama ialah Dato’ Ahmad Fauzee, Datuk Mohd.Nor Khalid (Lat) dan Pak Hassan Muthalib.
Segmen kedua pula ialah segmen mengimbau nostalgia dan kenangan belakang tabir filem Bujang Lapok bersama pelakon asal filem ini, iaitu Seniwati Dayang Sofea, Seniwati Zaiton, Seniwati Rahayu Madji (Ayu 20 Sen), Seniwati Habibah Haron dan Seniman Zaini Sattar (al-Fatihah, beliau sudah berpulang ketika entri ini ditulis). Moderator untuk kedua-dua sesi ialah saya sendiri, ketika masih bertugas sebagai Timbalan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA.
Catatan sepanjang forum yang sempat saya kutip:
1. Kata Pak Hassan Muthalib, P.Ramlee berkawan dengan orang
pandai-pandai, orang suratkhabar, orang sastera, termasuk Usman Awang.
Takkanlah sikit pun dia tak dapat kepandaian dari orang-orang ini?
pandai-pandai, orang suratkhabar, orang sastera, termasuk Usman Awang.
Takkanlah sikit pun dia tak dapat kepandaian dari orang-orang ini?
![]() |
Diambil dari buku P.Ramlee: Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Aziz Sattar) |
![]() |
SN Zurinah Hassan di majlis perkahwinan cucunda Seniwati Dayang Sofea. |
2. Cerita Seniwati Dayang Sofea -”Dia orang bawa saya pergi sungai waktu malam. Dia orang
suruh saya terjun. Airnya paras dada saya. Tapi sebelum itu, ada krew sudah
kasi bersih sungai tu…takut ada benda tajam. Scene itu dua kali take. Mula-mula
saya terjun silap tempat. Saya punya rambut palsu pun tercabut.Dia orang kasi
kering dulu dekat lighting. Lepas itu baru terjun balik. Dua take!”

3. ”Beef steak tu bukannya betul. Dia buat dari kayu. Sos saja
yang betul. Adalah dua,tiga orang yang dapat beef steak betul!” -Seniwati Habibah Haron.
yang betul. Adalah dua,tiga orang yang dapat beef steak betul!” -Seniwati Habibah Haron.
![]() |
Seniwati Habibah Haron, yang turut menceritakan pengalamannya dipukul ‘sesedap-sedapnya’ oleh Seniwati Normadiah dalam filem Lela Manja. |
4. “Gaji saya 500 satu bulan. Habis shoot satu filem, saya
dapat 1 ribu. Lepas berlakon 2,3 filem, saya dah boleh beli kereta. Itu jam
kereta 6 ribu saja. Saya beli Ford Cortina.Sebelum beli kereta, saya belajar
drive dulu.” – Seniwati Zaiton.
dapat 1 ribu. Lepas berlakon 2,3 filem, saya dah boleh beli kereta. Itu jam
kereta 6 ribu saja. Saya beli Ford Cortina.Sebelum beli kereta, saya belajar
drive dulu.” – Seniwati Zaiton.
5. ”Tahun 1971, saya datang ke rumah P.Ramlee untuk interview
dia. Masa tu rambut saya macam Carlos Santana. Saya sampai depan rumah,
P.Ramlee tanya ‘cari Nasir ke?’ Nasir masa tu main band. Agaknya dia ingat saya
ni main bass ke…” – Datuk Lat.
dia. Masa tu rambut saya macam Carlos Santana. Saya sampai depan rumah,
P.Ramlee tanya ‘cari Nasir ke?’ Nasir masa tu main band. Agaknya dia ingat saya
ni main bass ke…” – Datuk Lat.
6. “Aunty dulu 2 tahun berjalan, Pan American Airways
sponsor. Pergi San Francisco, Guam, Filipina, Hong Kong, Hawaii. Aunty wakil
Singapore, pakai kebaya…jadi model! Duduk hotel, memang high classlah!” – Seniwati Zaiton.
sponsor. Pergi San Francisco, Guam, Filipina, Hong Kong, Hawaii. Aunty wakil
Singapore, pakai kebaya…jadi model! Duduk hotel, memang high classlah!” – Seniwati Zaiton.
![]() |
Tahun 1956, Seniwati Zaiton sudah berkebaya di Disneyland.Kau mampu? Hehe. |
7. ”Saya berlakon Bujang Lapok masa umur 4 tahun. Dah besar baru
saya tanya bapak, berapa payment dapat. 400, kata bapak. Itu yang beli fridge.
Saya tak teruskan berlakon, sebab nanti kena ponteng. Seminggu dua minggu tak
pergi sekolah, cikgu datang cari!” – Seniwati Rahayu Madji.

”Aku ni orang ada-ada tau. Aku ada dua cincin berlian tau!”
(Bujang Lapok)
* Semua gambar Seniwati Zaiton di Amerika Syarikat diambil dari susanroces.blogspot.com
* Sebarang ambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit.