Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

P.RAMLEE DAN PERKEMBANGAN SASTERA DI SINGAPURA.

P.RAMLEE DAN PERKEMBANGAN SASTERA DI SINGAPURA.

P.RAMLEE DAN PERKEMBANGAN SASTERA DI SINGAPURA. 

Pada awal tahun 1950-an, pengarah-pengarah filem di Studio Malay Film Production terdiri dari pengarah-pengarah didatangkan dari India. Di antara mereka termasuklah Phani Majumdar, KM Basker, BN Rao dan Dhiresh Gosh. Di bawah asuhan pengarah-pengarah India tersebut, lakonan P.Ramlee tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang. Dalam tempoh itu, watak-watak dalam filem Melayu terawal menjadi dangkal atau sangat putih atau hitam sifatnya. Lakonan hanyalah pertuturan semula dialog yang dihafal di hadapan kamera. Kredibiliti watak tidak dipersoalkan, apatah lagi ciri perwatakan bangsa, falsafah atau pegangan hidup. Sebilangan besar pengarah India ini tidak memahami budaya, adat resam dan pemikiran tempatan.
Pengkaji-pengkaji tempatan mengkritik filem-filem arahan pengarah-pengarah dari India. Sebagai contoh, Anuar Nor Arai menganggap filem-filem ini sebagai ‘drama sosial air mata’ (2007:6). Anuar Nor Arai menulis, “Pada keseluruhannya filem-filem mengemukakan cerita sedih dengan perasaan berentetan, tali-temali dan air mata berderai-derai gugur ke lantai’’. (ibid). Kenyataan ini bermaksud bahawa banyak filem Melayu yang diarahkan oleh pengarah-pengarah dari India ini tidak menaikkan semangat positif, sedangkan filem sewajarnya dihasilkan tanpa dibuai emosi berlebihan supaya dapat membentuk bangsa menjadi lebih maju serta berdaya saing. 
Poster filem Penarek Becha.
P.Ramlee bersama Pendeta Zaaba.

Pada sekitar awal 1950-an, dunia kesusasteraan dan persuratkhabaran Melayu yang berpusat di Singapura mula mendesak studio MFP menerbitkan filem-filem yang lebih menonjolkan identiti Melayu. Utusan Melayu dan beberapa penerbitan seperti Filem Raya, Gelanggang Filem dan Mestika mula menyuarakan pandangan supaya pengarah-pengarah tempatan yang kreatif diberi peluang mengarah filem Melayu. Apabila P.Ramlee diberi peluang mengarah filem sendiri, beliau telah diminta memilih antara skrip filem Hindi atau Cina untuk ditiru dan dilakonkan kembali. Namun P.Ramlee dan rakan-rakannya berkeras mahu memfilemkan sebuah cerita asli yang berlatarkan budaya tempatan.
Sejajar dengan hasrat tersebut, maka lahirlah filem pertama arahan beliau iaitu Penarek Becha pada tahun 1955. Penarek Becha mendapat sambutan hangat kerana ceritanya, walaupun masih terdapat unsur melodrama, mengemukakan soal kesedaran kelas sosial (class consciousness) dan memaparkan realiti kehidupan pemuda Melayu Singapura ketika itu. Untuk pertama kalinya juga, terdapat sebuah lagu di dalam filem ini berjudul Inang Baru yang benar-benar menggunakan irama Melayu Asli, bukan saduran lagu-lagu Hindi. Maka selepas itu lahirlah filem-filem berjiwa tempatan dari tangan P.Ramlee dan filem-filem tersebut mendapat kejayaan besar. Ekoran daripada itu telah lahir lebih ramai pengarah filem dari kalangan anak tempatan seperti Jamil Sulong, S.Roomai Noor dan Hussain Hanif. Pengarah-pengarah tempatan ini juga turut mengangkat karya sastera tempatan dan wira-wira Melayu sebagai sumber naratif filem. 

”Mana bubur kacang aku ni?”
(Penarek Becha)

*Sebarang ambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit.
 

10 thoughts on “P.RAMLEE DAN PERKEMBANGAN SASTERA DI SINGAPURA.

  1. Hey! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog
    to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Thank you! You can read similar article here: Ecommerce

  2. Hey there! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for
    some targeted keywords but I’m not seeing very
    good gains. If you know of any please share. Kudos!

    You can read similar article here: Najlepszy sklep

  3. Hello there! Do you know if they make any
    plugins to help with SEO? I’m trying to get my blog to rank for
    some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.

    If you know of any please share. Cheers!
    You can read similar art here: Sklep internetowy

  4. Good day! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get
    my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Thank you! You can read
    similar art here: Najlepszy sklep

  5. Hi there! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
    I’m trying to get my site to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Thank you! You can read
    similar article here: List of Backlinks

  6. Hi there! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good success.

    If you know of any please share. Thank you! I saw similar
    text here: Hitman.agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *