Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

PENDEKAR SEBENAR DALAM PENDEKAR BUJANG LAPOK

PENDEKAR SEBENAR DALAM PENDEKAR BUJANG LAPOK

Skrip filem
komedi dianggap sebagai genre yang lebih berkesan sebagai wadah untuk
menyalurkan kritik sosial. Dengan menggunakan unsur  jenaka, sesebuah filem akan dapat memikat
lebih ramai audien dan lebih berjaya di dalam menyampaikan cerita dan mesejnya.
P. Ramlee juga membuktikan kejayaanya dengan memenangi beberapa anugerah di
peringkat antarabangsa melalui filem genre komedi. Filem Pendekar Bujang Lapok,
misalnya, telah dipilih untuk menerima Anugerah Komedi Terbaik pada tahun 1959
di Filem Festival Asia ke-6, Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau menerima  Anugerah Filem Komedi Terbaik Seluruh Asia
menerusi filem Madu Tiga pada tahun 1964 di Festival Filem Asia ke 11 di Taiwan
(Awang Azman Awang Pawi & Khor Chooi Lian, 2005:106). 
Dalam tulisan
bertajuk “Menterbalikkan Peranan Gender dalam Jenaka Pak Pandir” (Noriah
Taslim, 2008), unsur jenaka memaparkan aspek keterbalikan peranan (role
reversal) antara lelaki dengan perempuan. Watak Mak Andeh diketarakan sebagai
tokoh yang mengendalikan keadaan, lebih berinisiatif dan pintar. Secara
sepintas lalu, pembaca mungkin terkesan bahawa ada semacam percubaan untuk
mengimbangi peranan wanita yang selalunya diremehkan dalam dunia lelaki dan
percubaan memecahkan hegemoni lelaki dalam masyarakat patriarki. Entri kali ini
akan meninjau watak-watak wanita yang kuat dalam filem Pendekar Bujang Lapok
(1959).
Filem Pendekar
Bujang Lapok memperlihatkan  bahawa pertolongan
wanita adalah penting dalam menjayakan misi lelaki, di samping membuktikan
bahawa kapitalisme boleh ditentang jika mempunyai pendidikan. Watak-watak
lelaki berusaha mendapatkan pendidikan, iaitu dalam bentuk ilmu membaca di
sekolah dan ilmu persilatan untuk menjadi pendekar.  Di sinilah watak-watak wanita memainkan
peranan penting dalam membantu melaksanakan misi mereka.  Wanita-wanitalah yang menonjolkan
kependekaran lelaki dalam skrip Pendekar Bujang Lapok ini. Jika tiga bujang
lapok tadi tidak ternampak Ros, iaitu anak Pendekar Mustar (lakonan
Roseyatimah), mereka tentu tidak menemui rumah Pendekar Mustar. Ros telah
menyempurnakan objektif lelaki-lelaki tadi, iaitu belajar ilmu silat.(Dalam realiti, Roseyatimah juga merupakan anak seorang guru silat, iaitu Wak Jasni yang juga merupakan penyanyi terkenal).
Watak Ani,
iaitu pembantu rumah Pendekar Mustar juga penting untuk ketiga-tiga bujang
lapok. Mereka bertiga tidak akan mengetahui apakah isi surat kiriman Ros
disebabkan mereka buta huruf. Ani telah membantu membacakan surat kiriman Ros.
Mereka bertiga telah mengenepikan ego mereka sebagai lelaki dengan meminta bantuan
seorang wanita. Setelah Pendekar Mustar mengetahui bahawa tiga bujang lapok
tersebut buta huruf, beliau telah mencadangkan supaya mereka bertiga memasuki
sekolah dewasa untuk belajar menulis dan membaca. Melalui sekolah dewasa ini,
P. Ramlee mengangkat kedudukan wanita dengan memaparkan sekolah dewasa yang
diterajui oleh guru-guru wanita yang agak muda, termasuk Ros  manakala 
kebanyakan pelajar adalah lelaki yang sudah lanjut usia.
Pelajar-pelajar  di sekolah  ini dipaparkan  sebagai tidak boleh mengeja
perkataan-perkataan mudah sehingga menimbulkan elemen komedi dan  menyampaikan mesej bahawa watak yang ‘kurang
pandai’ kebanyakannya adalah lelaki dan yang mendidik mereka sehingga pandai
ialah wanita.

Ketika
ketiga-tiga bujang  lapok  belajar silat 
di halaman rumah, seluar mereka telah terkoyak dan mereka bergilir-gilir
meminta bantuan Ros untuk menjahit seluar mereka.  Menjahit merupakan satu kerja domestik yang
lazimnya dilakukan oleh wanita.  Mereka
bertiga  meminta bantuan Ros  dengan penuh hormat.  Adegan ini juga menonjolkan watak Ros sebagai
watak  yang  membantu 
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh lelaki, iaitu ketiga bujang
lapok tersebut. Tanpa bantuan Ros, sudah tentu mereka tidak dapat meneruskan
latihan silat.  Ketika samseng-samseng
penambang datang ke rumah Pendekar Mustar untuk menuntut ganti rugi, Ros telah
turun bersemuka dengan ketua mereka dan menghalang ayahnya dari  melayan tuntutan tersebut.  Adegan ini menunjukkan bahawa Ros sebagai
seorang wanita yang berpendidikan telah mempunyai keberanian untuk menyuarakan
pendapatnya dalam menentang penindasan. 
Ros,  ibunya dan Ani telah
mengambil bahagian yang aktif dalam menyelesaikan masalah, khasnya yang
dihadapi oleh tiga orang lelaki dalam skrip tersebut.     
Jadi,siapakah pendekar sebenar dalam cerita ini? 😁

”Alif ya mim…buaya!”
(Pendekar Bujang Lapok)
*sebarang ambilan di blog ini hendaklah diberikan kredit.

 

                       

 

87 thoughts on “PENDEKAR SEBENAR DALAM PENDEKAR BUJANG LAPOK

  1. Terima kasih atas pembikinan blog ini. Saya amat suka menonton filem-filem P. Ramlee sebab majoriti filemnya mempamerkan wanita-wanita bijak yang berdikari penyelesai masalah, tapi tetap santun dan elegan. Sesuatu yang hampir tiada di filem-filem zaman sekarang. Saya sangat menghormati P. Ramlee kerana mempunyai pemikiran yang bebas patriarki.

  2. Hi, just required you to know I he added your site to my Google bookmarks due to your layout. But seriously, I believe your internet site has 1 in the freshest theme I??ve came across.

  3. Hi, just required you to know I he added your site to my Google bookmarks due to your layout. But seriously, I believe your internet site has 1 in the freshest theme I??ve came across.

  4. Hi, just required you to know I he added your site to my Google bookmarks due to your layout. But seriously, I believe your internet site has 1 in the freshest theme I??ve came across.

  5. Hi, just required you to know I he added your site to my Google bookmarks due to your layout. But seriously, I believe your internet site has 1 in the freshest theme I??ve came across.

  6. Hi, just required you to know I he added your site to my Google bookmarks due to your layout. But seriously, I believe your internet site has 1 in the freshest theme I??ve came across.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *