Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

P. RAMLEE DAN JENAKA TRAGIS

Tulisan ini pernah tersiar di majalah Dewan Masyarakat bil.07, 2021. Sebarang ambilan daripada tulisan ini hendaklah diberikan kredit.

P. RAMLEE DAN JENAKA TRAGIS

Oleh: SITI RAIHANI MOHAMED SAAID

P.Ramlee mengambil serius akan peranan filem dalam mendidik masyarakat melalui tugas pengarah yang diserahkan kepadanya oleh Studio Shaw pada tahun 1955 (Timothy P.Barnard, 2005:188). Hal ini amat berkait rapat dengan usaha ASAS 50 yang melihat kepentingan peranan golongan karyawan seni dalam masyarakat. Syed Khairudin Aljunied turut memetik pandangan Keris Mas yang menyatakan bahawa perjuangan ASAS 50 ialah mengkritik nilai-nilai yang memundurkan masyarakat Melayu, di mana nilai-nilai tersebut sudah sebati dengan feudalisme, unsur mitos dan kepercayaan karut (2005: 9).

Pemaparan penderitaan dan kemiskinan rakyat biasa adalah selaras dengan ideologi ASAS 50 yang memperjuangkan karya-karya realistik yang memaparkan masyarakat. Antara isu yang penting ketika itu ialah dekolonialisasi, perubahan pesat dan kemiskinan. ASAS 50 itu sendiri terbentuk daripada keadaan pasca-perang yang menunjukkan bahawa kemiskinan, pergeseran kelas dan pengangguran menjadi cabaran utama dalam masyarakat. Hubungan P. Ramlee dengan ASAS 50 telah terjalin kerana P. Ramlee, HM Rohaizad dan Jamil Sulong telah berkenalan dengan Usman Awang dan penulis-penulis lain di Singapura Hal ini diceritakan oleh Usman Awang kepada Zurinah Hassan, seperti yang terakam dalam buku Sasterawan Negara Usman Awang (DBP, 2006:25).

P.Ramlee telah mengkritik isu-isu masyarakat, termasuk sosioekonomi dan sosiopolitik, berdasarkan idea-idea para nasionalis yang bermula sejak era Munshi Abdullah. Para nasionalis ini telah mengkritik golongan aristokrat yang menyalahgunakan kuasa, mengamalkan pembaziran dan bersekutu dengan pihak kolonial. John Adam Smith, seorang ahli falsafah Scotland mentakrifkan ekonomi sebagai penyelidikan tentang sifat dan penyebab kekayaan negara (1981:6). Sosioekonomi pula adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Sosioekonomi mempengaruhi corak penggunaan, pembahagian pendapatan dan kekayaan, cara anggota masyarakat berperilaku dari segi keputusan pembelian dan cara bagaimana mereka memilih menggunakan waktu mereka, dan kualiti hidup keseluruhannya.

Takrif kemiskinan mengikut indikator yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah ‘’not having enough to feed and clothe a family, not having the school or clinic to go to, not having the land on which to grow one’s food or a job to earn one’s living, not having. access to credit. It means insecurity, powerlessness and exclusion of individuals, households and communities’’. Hal ini dapat dihuraikan sebagai kurang atau sangat terhad peluang dan pilihan untuk individu dalam sebuah kelompok masyarakat untuk meneruskan kehidupan. Apabila seorang individu tidak mempunyai banyak pilihan dalam hidup, maka hak asasinya juga akan terjejas. Individu yang hidup dalam kemiskinan juga tidak berpeluang menjalankan peranan yang aktif dan berkesan dalam masyarakat. Kedudukannya agak lemah dan mudah terdedah kepada jenayah serta keganasan.

Dalam konteks yang lebih dekat dengan masyarakat tempatan, Zaaba telah menulis perihal kemiskinan yang dialami oleh masyarakat Melayu. Artikel beliau bertajuk The Poverty of Malays (The Malay Mail, 1 Disember 1923) merupakan manifestasi keprihatinannya terhadap masalah kemiskinan dan kemunduran yang melingkari masyarakat Melayu. Antara pandangan beliau adalah:

Orang-orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah suatu kaum yang tersangat miskin. Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan menjadikan mereka kalah atau ketinggalan di belakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat keperangaian yang tinggi dan mulia maka jadilah mereka tak dapat tidak daripada tersangkut dan ketinggalan daripada perjalanan bangsa-bangsa. Mewarisi beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah lazim pada zaman nenek-moyang dahulu kala, beratus ratus tahun lamanya mereka telah kena picit, perah dan ramas di tangan pemerintah-pemerintah daripada bangsa mereka sendiri.

Pada kebiasaannya, tema kemiskinan dan masalah keperitan hidup lebih banyak terpapar di dalam filem arahan P. Ramlee yang bergenre tragedi seperti Penarik Becha (1955). Namun begitu, kemiskinan juga dipaparkan dalam filem komedi beliau.  Filem Bujang Lapok (1957), Seniman Bujang Lapok (1961) dan Masam-masam Manis (1965) ialah filem beraliran realisme yang berlatarkan masyarakat tempatan, iaitu Singapura dan Kuala Lumpur. Filem-filem ini menggambarkan kemiskinan bandar di mana terdapat orang-orang miskin, khasnya orang orang Melayu yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Mereka tinggal dalam bilik-bilik kecil di sebuah rumah sewa.

Dalam era perubahan ramai telah meninggalkan desa untuk mencari penghidupan di kota. Penduduk Singapura dan Kuala Lumpur semakin ramai akibat daripada penghijrahan penduduk dari desa ke kota (William Van de Heide, 2005:231). Bandar telah menjadi lokasi untuk mencari pelbagai peluang demi mengecapi kehidupan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, peluang ekonomi yang terhad, tahap pendidikan rendah dan kekurangan tempat tinggal menjadi faktor adanya penghuni bandar yang tersisih daripada pembangunan perdana. Oleh yang demikian, wujudlah golongan miskin bandar yang gagal menikmati nikmat pembangunan pesat tersebut seperti yang berlaku kepada watak-watak di dalam filem-filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Masam Masam Manis yang terpaksa tinggal di bilik bilik sewa yang sempit. P.Ramlee telah memaparkan insiden insiden lucu yang berlaku akibat tinggal bersama. Mereka berkongsi bilik mandi, tandas serta dapur. Mereka juga boleh dikatakan tidak mempunyai ruang sendiri sehingga percakapan boleh didengar oleh orang sebelah menyebelah dan perlakuan seharian mereka boleh diintai. Hal ini merupakan satu keadaan yang menyedihkan tetapi konvensi komedi telah menyebabkan kesedihan itu dilupai.

P.Ramlee telah menyampaikan kritikan terhadap sikap malas dan tidak bertanggungjawab yang ada pada ketua keluarga melalui watak seorang wanita. setelah sikap suaminya dikritik oleh pihak luar, Watak Norsiah dalam Ali Baba Bujang Lapok (1961) merasa perlu untuk mengubah nasib dirinya dan sikap suaminya demi kebaikan bersama. Bukan satu perkara mudah untuk wanita menyuarakan pandangan terhadap lelaki dalam konteks memperbaiki kehidupan. Namun konvensi komedi dalam skrip Ali Baba Bujang Lapok menyebabkan perkara ini tidak dipenuhi emosi berlarutan dan dapat diselesaikan dengan cepat.

Akibat terkesan dengan sindiran dan kritikan abang iparnya, iaitu Kassim Baba, Norsiah pun mengemas pakaian untuk keluar dari rumah. Namun Ali Baba telah memberi respon seperti berikut:

‘’Kalau dinda tak suka lagi kepada kanda, hantarlah kanda balik ke rumah mak bapak kanda.’’

‘’Oh, kalau begitu kanda jadi perempuan ya. Dinda jadi laki-laki. Baik, sekarang biar kanda masak. Dinda cari kerja. Nah! ini gandumnya.’’

 

Norsiah akhirnya bertindak sendiri mencari kerja dengan mengambil tali dan kapak untuk pergi ke hutan, seperti dialog berikut antara beliau dan Ali Baba:

‘’Dinda ni nak ke mana ni?’’

‘’Dinda nak potong kayu di hutan.’’

‘’Eh, Norsiah… Sudahlah, tak apalah. Biar kanda saja potong kayu di hutan ya. Dinda masaklah!’’

 

Adegan ini menyelitkan unsur humor apabila terdapat teknik psikologi keterbalikan peranan sebagai cara Norsiah untuk mengajar suaminya.  Kapak dan tali yang menjadi prop dalam adegan ini dimanfaatkan untuk melakukan pekerjaan memotong kayu dan bukan untuk menyerang suaminya secara fizikal. Nada suaranya juga tidak meninggi dan tidak mengeluarkan kata-kata yang biadab. Tindakan dan dialog beliau bersifat sinikal dan lebih efektif untuk memberi kesedaran kepada suaminya. Situasi ini akan berbeza jika dipersembahkan mengikut gaya naratif tragedi. Watak-watak lazimnya melalui lebih banyak cabaran yang menyedihkan untuk menyerlahkan lagi paparan kemiskinan yang mereka hadapi. Jika Norsiah terus akur dengan arahan suaminya untuk bergantung pada orang lain bagi mendapatkan makanan, pasti keadaan sosioekonomi mereka tidak akan berubah. Oleh yang demikian, P. Ramlee telah menjadikan watak Norsiah sebagai wakil kepada wanita yang selama ini hidup mundur dan miskin akibat kekangan patriarki.

Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sebuah lagi skrip komedi P. Ramlee, iaitu Keluarga 69 (Studio Filem Merdeka, 1967). Watak utama dalam skrip ini, iaitu Siti memilih untuk bercerai daripada suaminya, Abu. Hal ini terjadi kerana Abu gagal mencari pekerjaan dan gagal memberi nafkah yang sepatutnya kepada keluarga.  Siti memilih jalan keluar dari ikatan perkahwinan kerana perkahwinan itu memudaratkan kehidupannya. Oleh sebab suaminya sering gagal beroleh pekerjaan, Siti sendiri menyuarakan hasratnya untuk bekerja sebagai pelayan bagi mengubah keadaan sosioekonominya. Ternyata selepas bercerai, keadaan ekonomi Siti menjadi lebih baik dan beliau dapat mengirimkan wang belanja kepada anaknya.

Kegiatan ekonomi rakyat dalam filem Nujum Pak Belalang (1959) ialah bertani, berdasarkan gambaran pertama, iaitu sebuah tanah lapang dan sekelompok masyarakat mengerjakan sawah secara gotong-royong. Kaum wanita turut bekerja dan mengambil bahagian. Watak Belalang, iaitu anak Pak Belalang yang berusia sekitar 10 tahun kali pertama diperkenalkan dalam filem ini sewaktu adegan memotong kayu. Beliau satu-satunya kanak-kanak yang bekerja dalam kelompok orang dewasa. Hal ini menandakan beliau memiliki kematangan dan akal fikiran yang membolehkan beliau menyelesaikan masalah yang dicetuskan oleh orang dewasa sepanjang filem ini.

Dialog pertama dalam filem ini diucapkan oleh watak Cengkaduk, salah seorang yang bekerja di situ; ‘’Kesian aku tengok Belalang tu. Tak berhenti-henti dengan kerja.’’ Dialog ini memberi gambaran bahawa beliau sudah lama berada dalam kelompok orang dewasa untuk bekerja serta tidak melakukan perkara lain yang sepatutnya dibuat oleh kanak-kanak seusia beliau. Dialog ini turut menimbulkan persoalan mengenai keadaan sosioekonomi Belalang dan keluarganya. Persoalan ini terjawab apabila watak Cengkaduk dan Kacong bertanya mengapa bapa Belalang tidak datang bekerja di tanah tersebut dan Belalang memberi isyarat bahawa bapanya tidur di rumah. Sikap Pak Belalang dikritik melalui dialog berikut antara Cengkaduk dan Kacong:

‘’Apalah nasib Belalang. Ada mak, mak dah mati. Ada bapak pemalas pulak.’’

‘’Eh, nasib baik Pak Belalang tak jadi bapak aku. Kalau jadi bapak aku… hah itu baru haru.’’

‘’Hah, kalau jadi bapak engkau kenapa?’’

‘’Aku suruh mak aku mintak cerai!’’

 

Dialog ‘’aku suruh mak aku minta cerai’’ merupakan satu kritikan terhadap sifat pemalas yang dipunyai oleh Pak Belalang. Pak Belalang tidak menunjukkan sifat-sifat bertanggungjawab dan gigih mencari rezeki sebagaimana layaknya seorang ketua keluarga. Hal ini akan memburukkan lagi keadaan sosioekonomi mereka. Ternyata perkara ini dikuatkan lagi dengan kemunculan pertama Pak Belalang dalam skrip ini. Ketika orang-orang kampung sudah selesai bekerja dan pulang ke rumah, Belalang pun pulang ke pondok buruk mereka yang kelihatan sangat daif dan mendapati Pak Belalang masih belum bangun dari tidur. Belalang terpaksa mengejutkan ayahnya dan tabiat negatif ayahnya itu disampaikan dengan dialog berikut:

‘’Pak! Pak! Bangun, pak. Hari dah petang.’’

‘’Apalah engkau. Orang nak tidur kacau. Pergi main sanalah!

‘’Hai? Dari pagi sampai ke malam, tak habis-habis membuta lagi, Pak!’’

 

Gambaran waktu ‘dari pagi sampai ke malam’ itu merupakan satu kritikan terhadap sikap Pak Belalang yang terlalu malas. Seluruh hidupnya hanya berserah kepada takdir. Sikap ini jelas dilihat apabila beliau hanya tidur sepanjang hari dan membiarkan anaknya yang masih kecil membuat kerja-kerja untuk mencari rezeki.  Kemudian, Kacong dan Cengkaduk telah datang ke rumah Pak Belalang untuk cuba mengajak beliau pergi bekerja kerana Tok Penghulu akan membuka tanah baharu. Namun Pak Belalang tidak mahu pergi dan memberi pelbagai alasan, antaranya keadaan tubuhnya sudah ‘naik uzur’. Pak Belalang tidak mahu berikhtiar kerana menganggap rezeki tetap akan ada, seperti dialog berikut; ‘’Sedangkan ulat di dalam batu pun boleh makan. Takkanlah kita yang dalam rumah ni tak dapat makan!”.

Kacong dan Cengkaduk memainkan peranan sebagai anggota masyarakat yang prihatin. Oleh kerana mereka kasihan melihat Belalang bekerja, mereka cuba memberi kesedaran kepada Pak Belalang akan tanggungjawab yang sebenar, sebagaimana peranan yang dimainkan oleh Kassim Baba dalam Ali Baba Bujang Lapok. Namun, Belalanglah yang memainkan peranan besar dalam mengubah taraf sosioekonomi keluarganya. Oleh kerana sikap rajinnya yang bergerak keliling kampung untuk mencari kerja, maka beliau terserempak dengan dua orang pencuri lembu dan kambing. Hal inilah yang mengubah nasib keluarganya dan merupakan titik tolak untuk ayahnya menjadi ahli nujum.

Dalam Bujang Lapok, watak Safiah terpaksa tinggal bersama bapa angkatnya, Pak Babjan dan dipaksa oleh bapa angkatnya itu untuk meminjam beras dari Cik Normah. Cik Normah merupakan seorang wanita yang mempunyai kedudukan sosioekonomi yang baik serta memiliki sebuah rumah sewa di kampung tersebut. Tidak ada maklumat mengenai latar belakang Safiah serta bagaimana beliau boleh diambil menjadi anak angkat Pak Babjan. Dialog pertama Safiah dalam skrip ini ialah apabila beliau memanggil Normah di pintu rumah sewanya, Normah telah bertanya ‘’Haa, ada apa lagi Safiah?’’. Dialog ini menunjukkan bahawa Safiah kerap datang meminta sesuatu dari Normah. Kemiskinan hidup Safiah dibuktikan melalui dialog berikut antara Safiah dengan Normah:

‘’Saya ni memang cukup malu dengan Kak Normah. Hari-hari bapak suruh datang sini mintak pinjam beras.’’

‘’Bapak angkat kau memang tak gunalah, Safiah. Asyik hisap ganja, minum arak, main judi.Itu sajalah yang dia tahu. Kalau aku tak kasihankan kaulah Safiah, aku tak ingin nak kasi beras.’’

 

Safiah memulakan dialognya dengan ‘memang cukup malu’, menunjukkan beliau tidak selesa dengan kehidupannya dan menggunakan ayat berlapik sebelum menjelaskan tujuannya berjumpa Normah.  Terdapat satu adegan yang menunjukkan Safiah cuba diperkosa oleh lelaki yang banyak meminjamkan wang kepada bapa angkatnya. Walaupun Safiah berjaya melarikan diri dari perbuatan keji tersebut dengan melawan secara fizikal, namun Safiah merasa putus asa selepas itu hingga terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri. Perbuatan Safiah yang tidak rasional itu adalah akibat dari bergantung hidup kepada Pak Babjan. Inilah yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; individu yang berada dalam kemiskinan tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam kehidupan serta mudah terdedah kepada keganasan.

Kemiskinan juga dikaitkan dengan eksploitasi golongan kapitalis dalam skrip Pendekar Bujang Lapok (1959).  Penindasan oleh golongan kapitalis ditunjukkan melalui adegan awal skrip filem ini. Penumpang-penumpang mewakili golongan bawahan atau golongan yang tertindas manakala watak pengusaha sampan mewakili golongan kapitalis. Pengusaha disokong oleh samseng-samseng yang mengawal penambang itu. Perbuatan menindas golongan bawahan dilakukan melalui samseng-samseng yang bertindak kasar terhadap para penumpang yang giliran mereka untuk menaiki sampan ditentukan dengan sewenang-wenangnya oleh kumpulan samseng tersebut.

Ternyata penumpang yang menunggu di situ tiada pilihan lain kerana sampan itulah sahaja yang dapat membawa mereka berulang alik dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka terpaksa bersabar dan menunggu dalam keadaan yang tidak selesa. Keseluruhan adegan pembukaan di penambang sampan ini telah menunjukkan keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu yang sangat menyedihkan serta perlu diubah. Kejadian seperti ini berleluasa setiap hari sehinggalah muncul watak yang bernama Pendekar Mustar yang berani bersuara dan menyoal gilirannya untuk menaiki sampan. Wak Mustar telah mengucapkan dialog ‘’Hai mentang-mentang aku orang miskin, kau tolak-tolakkan ya? Kamu semua pengampu! Pengampu orang kaya!’’

Pengusaha penambang sampan yang hanya dikenali dengan nama Tauke telah merasa tersinggung dan terhina dengan kata-kata Wak Mustar. Sepanjang hidupnya sebagai seorang yang yang mempunyai kedudukan sosioekonomi yang lebih baik, pastilah beliau hanya biasa mendengar kata-kata pujian sahaja. Kejadian ini menaikkan semangat tiga orang pemuda iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin. Tiga orang pemuda ini telah menyatukan orang ramai di penambang tersebut untuk bangun menuntut keadilan. Pendekar Mustar bertindak menentang perbuatan diskriminasi ini dengan kebolehan silatnya.  Kehandalan dan keberanian Pendekar Mustar ini menjadi motivasi untuk Ramlee, Aziz dan Sudin untuk melakukan tindakan serupa. Setelah berjaya merampas sebuah sampan dan menyeberangi sungai, mereka tiba di depan sebuah sekolah dewasa. Mereka mula menuntut ilmu persilatan dari Wak Mustar dan masuk ke sekolah dewasa untuk belajar membaca. Pendekar Bujang Lapok membawa saranan bahawa untuk menentang kapitalisme ini, golongan bawahan harus berani dan berpendidikan. Hanya dengan keberanian dan pendidikan, belenggu kedaifan dapat diputuskan. Perkara ini turut ditekankan oleh Zaaba (1927) supaya orang Melayu tidak seharusnya leka, bahkan disarankan supaya menguasai pelbagai bidang keilmuan dan kemahiran untuk membangun seterusnya mengejar kemajuan. Di samping aspek pendidikan, satu lagi kekuatan yang perlu dibina oleh orang Melayu sebagaimana yang ditekankan oleh Za’ba adalah dalam bidang ekonomi. Orang Melayu sepatutnya mengubah sikap mereka dan bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan bangsa lain.

P.Ramlee tidak lagi dapat dianggap sebagai artis yang bergerak secara individu. Fungsinya kepada masyarakat adalah lebih besar. Filem-filemnya menandakan kemunculan sekumpulan karyawan tempatan yang serius berfikir tentang nasib bangsa. Kehadiran P. Ramlee menandakan satu perubahan. Beliau bukan sahaja memperkatakan malah menawarkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh anak bangsanya yang sedang berhadapan dengan dunia baru yang mencabar.

 

 

 

 

 

 

 

 

26 thoughts on “P. RAMLEE DAN JENAKA TRAGIS

  1. Cela peut être ennuyeux lorsque vos relations sont perturbées et que son téléphone ne peut pas être suivi. Maintenant, vous pouvez facilement effectuer cette activité à l’aide d’une application d’espionnage. Ces applications de surveillance sont très efficaces et fiables et peuvent déterminer si votre femme vous trompe.

  2. urveillez votre téléphone de n’importe où et voyez ce qui se passe sur le téléphone cible. Vous serez en mesure de surveiller et de stocker des journaux d’appels, des messages, des activités sociales, des images, des vidéos, WhatsApp et plus. Surveillance en temps réel des téléphones, aucune connaissance technique n’est requise, aucune racine n’est requise. https://www.mycellspy.com/fr/tutorials/

  3. Wow, fantastic weblog format! How long have you ever been running a blog for?
    you make blogging glance easy. The whole glance of your website is wonderful, as well as the content material!
    You can see similar here dobry sklep

  4. Good day! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine
    Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but
    I’m not seeing very good results. If you know of any please share.
    Cheers! You can read similar text here: Sklep

  5. Howdy! Do you know if they make any plugins to assist with
    Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords
    but I’m not seeing very good success. If you know of any please share.
    Many thanks! You can read similar article here: Dobry sklep

  6. Hi! Do you know if they make any plugins to assist with
    Search Engine Optimization? I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords but I’m not seeing
    very good results. If you know of any please share. Cheers!
    You can read similar article here: Hitman.agency

  7. There are some fascinating time limits in this article but I don’t know if I see all of them heart to heart. There may be some validity but I will take hold opinion until I look into it further. Good article , thanks and we wish extra! Added to FeedBurner as well

  8. Howdy! Do you know if they make any plugins to help
    with SEO? I’m trying to get my website to rank for
    some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Kudos! I saw similar art here: Auto Approve List

  9. Hey there would you mind letting me know which webhost you’re utilizing?
    I’ve loaded your blog in 3 different internet browsers and
    I must say this blog loads a lot faster then most. Can you suggest a good web hosting provider at a honest price?
    Thank you, I appreciate it!

    My blog post vpn coupon code 2024

  10. FitSpresso is a natural weight loss supplement that will help you maintain healthy body weight without having to deprive your body of your favorite food or take up exhausting workout routines.

  11. Hi there! I just wanted to ask if you ever have any issues with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing a few months of hard work due to no back up.

    Do you have any methods to prevent hackers?

    My homepage … vpn 2024

  12. This is the right blog for anyone who wants to find out about this topic. You realize so much its almost hard to argue with you (not that I actually would want…HaHa). You definitely put a new spin on a topic thats been written about for years. Great stuff, just great!

  13. I am not sure where you are getting your information, but great topic. I needs to spend some time learning more or understanding more. Thanks for excellent info I was looking for this information for my mission.

  14. I do accept as true with all the ideas you’ve presented on your post. They are very convincing and will definitely work. Nonetheless, the posts are very short for novices. May you please extend them a bit from subsequent time? Thanks for the post.

  15. I haven’t checked in here for a while as I thought it was getting boring, but the last several posts are good quality so I guess I will add you back to my daily bloglist. You deserve it my friend 🙂

  16. I must convey my respect for your kind-heartedness supporting those who absolutely need help on this content. Your personal dedication to passing the solution all-around had become surprisingly good and has truly encouraged most people much like me to achieve their dreams. Your new informative guidelines indicates a whole lot to me and especially to my colleagues. Thanks a ton; from each one of us.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *