Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

MENYUSURI STUDIO JALAN AMPAS

Catatan Sasterawan Negara Dato’ Dr.Zurinah Hassan:

Kota Singapura terus sibuk dengan lalulintas ketika saya sampai ke Jalan Ampas. Saya melihat ke kawasan yang dikepung pagar zink dengan perasaan sayu.  Di sinilah pusara tempat berkuburnya satu kemegahan Melayu. Saya pun menulis sajak ini:

STUDIO JALAN AMPAS

Di Jalan Ampas, Singapura

Aku kembali ke kamar remaja

Bertampal bayang-bayang dan  gambar bintang-bintang

Jins Shamsuddin, Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar hero kacak

Saadiah,  Sarimah, Zaiton, Hashimah Yon yang segak

Dan P.Ramlee yang lebih hidup selepas mati

 

Di luar pagar ini jangan kau lupa

sindiran si jaga

“ Orang baru minta kerja kau sudah macam-macam kata”

Bagaimana bangsa boleh berjaya.

Di sini juga P.Ramlee melantunkan suara

Yang terhantar ke seluruh Nusantara

“Bahasa menunjukkan bangsa”

 

Pada sisa-sisa studio Jalan Ampas ini

Adalah runtuhan dan rangka-rangka mimpi

Tak kan kau dengar lagi

Bunyi tukangan membina rumah kampung

istana agung

atau balai rung

Tinggal pagar zink mengepung

Tiada lagi pereka set

Memanggil si tukang kayu

Kerana di sini tidak lagi perlu

menghidupkan imej Melayu.

 

Tanjung Katung airnya tidak  lagi biru

Tempat kami berputih mata

Pantai dan kampung jangan dirindu

Kampung hilang ditelan kota.

 

Puisi di atas dapat dihayati melalui video ini:

Kami hanya dapat berlegar di luar dan beberapa kali melekapkan muka di pintu yang berkunci untuk cuba meninjau ke dalam.  Kami  menghalakan kamera  handphone menangkap seberapa banyak yang dapat. Pelbagai gambaran  datang menerpa.  Terasa terbayang-bayang wajah seniman dan seniwati yang lalu lalang di sini. Namun yang  paling menusuk hati ketika itu ialah adegan dari filem P.Ramlee Seniman Bujang Lapok. Dalam adegan itu, Ramlee, Aziz dan Sudin datang  dengan penuh harapan untuk mencari kerja. Mereka datang dengan menaiki beca roda tiga dan berkongsi membayar tambangnya. Sesampai di pintu pagar mereka terpinga-pinga lalu mendekati  pengawal keselamatan, atau jaga yang duduk di kerusi mengawasi tempat itu. Sudin menegur pengawal tersebut dengan memanggil “Hoi, hoi”.

Sapaan Sudin tidak dibalas tetapi kemudian terdengarlah suara si jaga menempelak Sudin:

‘’Nama saja Melayu. Sikit adab pun tak tahu! Orang adakah panggil hoi hoi hoi? Ingat saya ni apa? Batu ka? Kayu ka?’’

‘’Alamak, benggali tu bahasakan kitalah!’’

‘’Memang betul dia tu cakap. Kau tu mana ada bahasa! Panggil orang hoi hoi hoi! Bahasa menunjukkan bangsa tahu!’’

Inilah dialog yang menyengat. Sudin dikatakan  tidak beradab dan berbudi bahasa.

Situasi ini memperlihatkan unsur ironi . Tiga watak utama, iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin yang berbangsa Melayu ditegur oleh seorang yang bukan Melayu. Ungkapan ‘’nama saja Melayu, sikit adab pun tak tahu’’ menunjukkan bahawa pada pandangan semesta orang Melayu itu tinggi adab dan budi  bahasa. Oleh itu adalah menghairankan jika seorang Melayu seperti Sudin tidak tahu berbahasa.  Ramlee berpegang kepada “Bahasa menunjukkan bangsa’’ yang merujuk kepada peranan bahasa dalam memberi identiti dan jatidiri serta ketinggian adab penuturnya.

Catatan saya pula:

Dalam satu forum yang dianjurkan oleh Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM pada November 2019, Datuk Ahmad Fauzee selaku panel forum telah menyatakan ”Nasib baik P.Ramlee membuat filem Seniman Bujang Lapok. Melalui filem itulah kita dapat melihat geografi Studio Jalan Ampas (milik Shaw Brothers).Bukan semua orang boleh masuk.”

Seniman Bujang Lapok diarah oleh P Ramlee pada tahun 1961. Itulah tahun-tahun yang bersemarak dengan perjuangan bahasa. Ketika itu Singapura menduduki tempat yang penting dan kukuh dalam aktiviti bahasa dan sastera.  P Ramlee mempunyai hubungan yang rapat dengan penulis-penulis seperti Usman Awang yang masih ada di Singapura yang turut menyokong perjuangan Asas 50 untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Skrip Seniman Bujang Lapok turut mengkritik perkara-perkara yang menghalang kemajuan masyarakat Melayu ketika itu seperti mempercayai ‘batu hikmat’ yang boleh mendatangkan duit serta sifat iri hati sesama bangsa apabila bekerja di bidang yang sama. Syed Hussein Alatas dalam Syed Khairudin Aljunied (2005) menyatakan, masyarakat Melayu lebih berminat dengan upacara yang membazir dan tidak berkaitan dengan ajaran Islam. Mereka masih percaya kepada magis dan mistik untuk menyelesaikan masalah harian mereka, seperti yang dilakukan oleh watak Sudin apabila membeli ‘batu hikmat’ berharga 10 ringgit yang dipercayai boleh menyelesaikan semua masalah hidup mereka, terutamanya masalah kewangan.

Hal ini memperlihatkan fungsi pengarang satira seperti P. Ramlee yang prihatin dengan keadaan masyarakatnya tetapi menyampaikan teguran melalui jenaka. Menurut Syed Khairudin Aljunied lagi, skrip Seniman Bujang Lapok adalah contoh bagaimana P. Ramlee meningkatkan kesedaran intelektual rakyat serta mengukuhkan nasionalisme. Beliau bersetuju bahawa latar belakang dan pengalaman hidup P. Ramlee tergambar pada karya-karyanya.

”Mengapa kita bertiga tak mintak jadi orang wayang?”

(Seniman Bujang Lapok)

*Sebarang ambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit.

15 thoughts on “MENYUSURI STUDIO JALAN AMPAS

  1. How to track the location of the other person’s phone without their knowledge? You will be able to track and monitor text messages, phone calls, location history and much more. Free Remote Tracking and Recording of Husband’s Phone Cell Phone Spy. Best Apps to Download for Free to Spy on Another Phone.

  2. Mobile Phone Monitoring App – hidden tracking app that secretly records location, SMS, call audio, WhatsApp, Facebook, Viber, camera, internet activity. Monitor everything that happens in mobile phone, and track phone anytime, anywhere.

  3. Utterly composed content, regards for selective information. “He who establishes his argument by noise and command shows that his reason is weak.” by Michel de Montaigne.

  4. I was just looking for this information for some time. After 6 hours of continuous Googleing, finally I got it in your website. I wonder what’s the lack of Google strategy that do not rank this type of informative web sites in top of the list. Normally the top websites are full of garbage.

  5. Thanks on your marvelous posting! I actually enjoyed reading it, you can be a great author.I will always bookmark your blog and will often come back at some point. I want to encourage you to ultimately continue your great job, have a nice day!

  6. Whats up are using WordPress for your site platform? I’m new to the blog world but I’m trying to get started and create my own. Do you require any html coding knowledge to make your own blog? Any help would be really appreciated!

  7. hello there and thanks on your information – I have certainly picked up anything new from proper here. I did on the other hand experience several technical points the use of this web site, since I skilled to reload the website many instances previous to I may get it to load properly. I had been considering in case your web host is OK? Now not that I’m complaining, however slow loading instances instances will very frequently affect your placement in google and could damage your quality score if advertising and ***********|advertising|advertising|advertising and *********** with Adwords. Anyway I’m including this RSS to my email and could look out for a lot extra of your respective exciting content. Make sure you update this again very soon..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *