MEMBAWA BLOG KE BUKU
Tuan-tuan dan puan-puan, blog saya masih hidup lagi!Cuma maafkanlah tuan rumah kerana sudah 785 tahun tidak menjenguk rumahnya. Unta padang pasir pun lebih rajin daripada saya.
Sebenarnya sejak April tahun 2022, saya dalam proses membawa tulisan-tulisan dalam blog ini ke dalam bentuk buku. Akhirnya pada 1 Disember 2022, siaplah sebuah buku bertajuk ‘Suara Nusa Dalam Filem-filem Seniman Agung’ terbitan The Biblio Press. Buku ini merupakan ‘anak ketujuh’ saya dan dapat menemui khalayak sempena Selangor International Book Fest 2022. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat sehingga lahirnya anak ketujuh saya ini dengan selamat; Kiridaren Jayakumar (orang kuat The Biblio Press), Shamsul Amin (editor perolehan), Ahmad Muziru Idham (editor manuskrip), Raiha Bahaudin (lay-out dan pereka sampul), Pak Hassan Muthalib (penulis prakata) dan Dr. Maszlee Malik (penulis sari rangsang). Tidak dilupakan bonda tercinta yang turut menyumbangkan sebuah artikel khas dan sentiasa memberi dorongan.
Menjelang Januari, cetakan pertama sudah licin dijual. Tetapi cetakan kedua telah siap pada 23 Februari 2023 sempena KL Alternative Book Fest. Itulah, sudah masuk cetakan kedua baru nak mai habaq kat sini.
Sebagai ‘salam bertemu kembali’, saya kongsi gambar insan-insan yang sudah memiliki buku Suara Nusa. Anda boleh dapatkan buku ini di Shopee The Bibliophile Official dengan harga RM28. Terdapat 10 bab tulisan seputar pemikiran dalam filem P. Ramlee serta satu bab trivia. Boleh saya katakan, buku ini ialah himpunan tulisan dalam blog ini yang lebih panjang dan tersusun. Terima kasih atas sokongan anda semua dan selamat membaca!
Kiridaren Jayakumar, orang kuat The Biblio Press
Sabri Yunus/Pok Ya Cong Codei, orang terawal memiliki buku ini. Beliau menolak untuk dihadiahkan oleh kedai Biblio, sebaliknya membeli sendiri.
”Denyut…jantungku berdebar!” . Terima kasih Daqmie!
Tak perlu diperkenalkan. Bapak borong buku saya sampai 10 naskhah.
SN Dato’ Rahman Shaari
Kata Nasir Jani, di Malaysia ni ada holy trinity~”Allah, Muhammad, P.Ramlee”
Poie pokan naik basikal. Anak Pak Ito bernikah dengan anak Biduanita Saloma.
Osman Tikus. Lu apa tau!
Orang Pulau Pinang kenalah beli karya yang ditulis mengenai orang Pulau Pinang.
Puan Nisah Haron, yang kini merupakan orang nombor satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan
Lemak manis ala amboi-amboi!
Dot dot dot
Kalau nampak beliau,saya masih lagi teringat Tekaria dan More Jutaria
Jangan mengaku orang media kalau tak kenal Tan Sri Johan
Sutradara Mior Hashim Manap dan DJ Noramin Mosyi Mosyi
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang terbaru, Dr.Hazami Jhari. Beliau pernah menerbangkan saya ke Sarawak pada tahun 2015 untuk membentangkan kertas kerja sempena Seminar Pemikiran P. Ramlee
Ini pun tak perlu diperkenalkan lagi. Panaih takpa, jangan koyak!
”Jalan dah tak ada dah. Habis!”
”Ada lagi, ada!”
(Tiga Abdul)