Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

ANTARA MIMPI LABU LABI DENGAN MIMPI ABDUL WAHUB

ANTARA MIMPI LABU LABI DENGAN MIMPI ABDUL WAHUB

MIMPI SEBAGAI MEDIUM PELARIAN, MIMPI SEBAGAI PETUNJUK

Antara mimpi yang terkenal dalam filem P. Ramlee ialah
mimpi dalam filem Labu Labi (1961) dan mimpi Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul
(1964) .Walaupun kedua-dua filem ini bergenre komedi, tetapi mimpi dalam
kedua-dua filem ini mempunyai peranan yang berlainan.

”Siapkan saja duitnya banyak-banyak!”

 Mimpi Labu Labi
adalah satu cara pelarian atau eskapisme bagi golongan yang tertindas. Melalui
mimpi ini, P.Ramlee menyampaikan sindiran dan kritikan terhadap perilaku
golongan atasan yang dipancarkan melalui watak Haji Bakhil.  Labu Labi adalah sebuah filem satira. Haji
Bakhil digambarkan sebagai seorang yang berkedudukan dalam masyarakat. Beliau
tergolong dalam kelas menengah, berdasarkan latar masa kisah ini berlaku yang mana
tidak ramai anggota masyarakat mampu menunaikan haji. Beliau nampaknya
“berbangga” dengan gelaran Haji dengan mempamerkannya pada papan tanda kedai
kainnya.  Gelaran Haji lebih ditonjolkan
sebagai simbol status yang diasosiasikan dengan kekayaan dan kesombongan. Dalam
filem ini, tidak ditunjukkan sisi seorang Haji sebagai orang yang alim dan
warak. Tidak ada dialog yang menunjukkan Haji Bakhil melakukan ibadat solat,
puasa apatah lagi bersedekah. Malah beliau sinonim dengan sifat bakhil yang
jelas bertentangan dengan ajaran Islam, seperti yang ditegaskan dalam ayat
berikut:

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil
dengan harta yang Allah berikan dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu
baik bagi mereka. sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. harta
yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. [Ali Imran : 180 ]

”Duit satu sen ni kalau dikumpul boleh bikin rumah batu tau!”

 Walaupun hanya mimpi dan penuh dengan peristiwa atau kejadian yang
tidak berlaku dalam keadaan biasa, ia adalah cara untuk mendedahkan realiti. Mimpi
menjadi medium menunjukkan perlakuan tidak wajar yang dilakukan oleh majikan terhadap
orang bawahan yang bekerja sebagai orang gaji dan bergantung kepada mereka untuk
mendapatkan rezeki.

 

”Selagi belum tutup mata,kerja…kerja…kerja!”

”Haji Bakhil ni punya bakhil sampai baju drebar ni pun kena pakai duit saya sendiri!”

 Mimpi Labu
Labi boleh dianggap sebagai eskapisme di mana Labu dan Labi bertukar menjadi
watak-watak yang mustahil mereka capai dalam realiti. Mereka memerlukan mimpi
untuk bertukar watak dan posisi agar dapat memberi arahan kepada orang yang
biasanya mengarah dan menentukan segalanya dalam hidup mereka. Tenaga mereka
diperas untuk membuat semua kerja dalam rumah itu. Haji Bakhil juga tidak
bertimbang rasa dengan tidak memberi kemudahan kesihatan. Labi tidak dibenarkan
cuti dan tidak dibenarkan pergi ke klinik 
mendapatkan rawatan untuk tulangnya yang dikatakan reput.

 

”Cantik bukan?Macam setan!”

Haji
Bakhil sudah masuk ke dalam metafora Melayu Baru. Dalam budaya popular terkini,
kebakhilan beliau turut diparodi dalam iklan raya Mr.DIY (2018). Memang iklan
ini berjaya mencapai matlamatnya; barang di Mr.DIY terbukti sangat murah kerana
Haji Bakhil yang kedekut dan sangat berkira itu pun mengarahkan seisi rumahnya
membeli di situ.

 

Haji
Bakhil tidak memberi kebebasan bukan saja kepada orang gaji, malah isterinya
sendiri. Beliau memegang wang dan mengawal perbelanjaan rumahtangga sehingga
isterinya berkata hidupnya memang mewah tetapi “Duit saja yang belum pernah
saya tengok”. Dialog ini mungkin merupakan satu kenyataan yang melampau atau
exaggeration namun exaggeration adalah antara ciri satira. Beliau juga sangat
berkira dengan staf pejabat dan anak tunggalnya, Manisah. Manisah meminta 500 ringgit
untuk membeli 3 buah mesin jahit sebagai keperluan di kedainya. Pada mulanya
Haji Bakhil pengsan (‘purak-purak’ pengsan) apabila mendengar jumlah yang
diminta oleh Manisah, tetapi setelah bersetuju,Manisah tidak boleh meminta
apa-apa selama setahun. Ini juga merupakan ciri exaggeration.

 

”Sudahkah kau siapkan minum petangnya?”

”Satu sen duit bapak saya sebesar roda kereta lembu!”

P Ramlee mewujudkan adegan mimpi sebagai ruang untuk
golongan tertindas membalas dendam.  Dalam
mimpi Labu dan Labi, Haji Bakhil dimunculkan sebagai   pelayan kelab malam dan bar yang mengikut
pula arahan Si Labu dan Labi. Haji Bakhil juga dijadikan monyet yang disuruh mengambil
makanan ke sana ke mari oleh Labu yang telah menjadi tarzan. Melalui mimpi, P
Ramlee mengkritik golongan kaya berjawatan tinggi (doktor dan majistret) yang menghabiskan
masa di kelab malam serta bertutur dalam pelat Inggeris. Di sini P.Ramlee ‘mengejek’
unsur pascakolonial yang mana orang tempatan masih mengagungkan gaya penjajah.

”Saya Labi, majistret…degree L.E.M.B.U!”

”Iblis tonic mana ada tuan!”

Terdapat juga pandangan tentang kebebasan bila Labu
berkata “Jadi orang kaya pun tak ada kebebasan.’’ Semua perlakuan tertakluk
kepada peraturan tertentu, seperti gaya hidup, pakaian, pergaulan dan akan
dijatuhi hukuman jika melanggar peraturan (masuk ke bilik peragawati Sarimah).
Justeru itu Labu mahu meninggalkan kebiasaan dan mencari kebebasan dengan menjadi
tarzan yang duduk di hutan. (Tiba-tiba Labi sebut nama Sang Rajuna Tapa, kenapa
ya?) Tetapi ternyata kehidupan di hutan juga tidak sepenuhnya bebas apabila
beliau kembali mengidam makanan kebiasaan terutamanya sambal belacan. Lalu Si
Labu kembali menaip surat meminta kenaikan gaji dari Haji Bakhil. Semua ini
menunjukkan masih tidak ada pelarian sepenuhnya dari realiti.

”Aku sepupu Haji Bakhillah!”

”Tarzan Malay makan belacan?”

 Dalam
filem Tiga Abdul, mimpi mempunyai peranan yang berbeza. Abdul Wahub ingin
menebus kembali abang-abangnya yang telah dijual sebagai hamba dan dirampas
semua harta kekayaan mereka. Sejak dari permulaan skrip, watak Abdul Wahub
digambarkan sebagai seorang yang anak yang baik, bijaksana, tidak tamak serta
mempunyai harta yang bersih. Abdul Wahub telah bermimpi pada suatu malam dan
didatangi oleh arwah ayahnya, Ismet Ulam Raja. Ayahnya telah memberi amanat dan
saranan penyelesaian masalah seperti berikut:

‘’Wahai
anakandaku, Abdul Wahub. Kau sajalah yang dapat membela abang-abangmu. Dengan
syaratnya, kau mesti memperisterikan Ghasidah. Besok, kau pergi berjumpa Tuan
Sulaiman Akhlaken. Dia seorang peguam pembela. Ingat nama ini, Sulaiman
Akhlaken!’’

Skrip Tiga Abdul digerakkan oleh seorang
narator yang memperkenalkan dirinya sebagai S. Shamsudin Alhaj. Sebelum Abdul
Wahub didatangi mimpi tersebut, S. Shamsudin Alhaj telah mengucapkan ‘’Abdul
Wahub merasa yang ia telah menjadi miskin. Dengan kuasa Allah subhanahuwataala,
pada suatu malam waktu ia sedang tidur…’’ (2006, ms.57).  Dialog ini merupakan penanda bahawa Abdul
Wahub ialah seorang insan yang baik dan bersih hatinya. Insan begini akan
mendapat pertolongan atau ilham daripada Allah untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Salah satu cara pertolongan itu ialah melalui mimpi yang baik dan
bermakna.
Mimpi yang benar adalah satu
perkara kemuliaan serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Dalam satu hadis yang
diriwayatkan daripada Ibn Abbas R. Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:    

لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ
النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى
لَهُ                               

(“Tidak
terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar
yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).”

 P. Ramlee telah menggunakan kefahamannya
sebagai seorang Islam berhubung mimpi orang soleh dan menerapkan unsur firasat
ini secara tidak langsung dalam skripnya. Demikianlah dua fungsi mimpi dalam filem komedi
P Ramlee. Labu Labi menyerlahkan P.Ramlee sebagai seorang karyawan satira manakala
Tiga Abdul membuktikan bahawa P.Ramlee mempunyai ilmu firasat yang baik.

‘’Selesailah
upacara perkahwinan kedua-dua lembu ituuuu!’’

(Tiga Abdul)
Kredit gambar: Tangkap layar filem Labu Labi, Tiga Abdul dan iklan Mr.DIY (2019).
 
*Sebarang ambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit.

18 thoughts on “ANTARA MIMPI LABU LABI DENGAN MIMPI ABDUL WAHUB

  1. Si su esposo eliminó el historial de chat, también puede usar herramientas de recuperación de datos para recuperar los mensajes eliminados. A continuación se muestran algunas herramientas de recuperación de datos de uso común:

  2. I have read several just right stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting. I surprise how a lot effort you place to create any such fantastic informative site.

  3. Это помогает создать обстановку, в которой читатели могут обдумать и обсудить тему без пристрастия.

  4. Автор подходит к этому вопросу с нейтральной позицией, предоставляя достаточно информации для обсуждения.

  5. What¦s Going down i am new to this, I stumbled upon this I’ve discovered It positively helpful and it has helped me out loads. I hope to contribute & help different customers like its aided me. Good job.

  6. Эта статья является настоящим источником вдохновения и мотивации. Она не только предоставляет информацию, но и стимулирует к дальнейшему изучению темы. Большое спасибо автору за его старания в создании такого мотивирующего контента!

  7. Howdy great website! Does running a blog like this require a lot of work?

    I’ve absolutely no knowledge of computer programming
    but I was hoping to start my own blog in the near future.

    Anyway, should you have any recommendations or techniques for new
    blog owners please share. I know this is off subject however I just wanted
    to ask. Thank you!

    Take a look at my webpage … vpn code 2024

  8. I enjoy you because of your own efforts on this web page. My mother takes pleasure in participating in research and it’s really simple to grasp why. All of us learn all concerning the powerful mode you deliver efficient solutions through the blog and as well as increase contribution from some others about this article so our favorite simple princess is actually understanding so much. Take advantage of the remaining portion of the year. You have been performing a wonderful job.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *