Sembang P.Ramlee

Blog Pemikiran Filem Filem P.Ramlee

ADA APA DENGAN MUSANG?

“Musang Berjanggut” (1959) adalah filem yang penuh kritikan dan sindiran. Sindiran ini dapat dikenali dengan melihat penanda-penanda dalam skrip atau kata bual. Penanda utama terletak pada perkataan “musang” dan “janggut”. Musang dalam budaya Melayu digunakan sebagai penanda kepada sifat-sifat penipu, berpura-pura, licik dan sentiasa mencari kepentingan sendiri. Peribahasa Melayu menyebut “musang berbulu ayam” bagi orang yang menyamar menjadi baik.

Janggut dikaitkan  dengan sifat warak. Misalnya, ada golongan yang menyimpan janggut kerana mengikut sunnah nabi. Dalam cerita jenaka  Pak Pandir, Mak Andeh menyuruh Pak Pandir mencari seorang lebai untuk membaca doa dalam kenduri arwah. Pak Pandir  meminta panduan bagaimana untuk mengenal seorang lebai, lalu dijawab oleh Mak Andeh bahawa Pak Lebai itu ialah seorang yang berjanggut. Pak Pandir membawa balik kambing yang juga berjanggut. Kisah ini adalah sindiran kepada golongan yang  meletakkan nilai seseorang pada fizikal atau sifat-sifat luaran.

P Ramlee telah menggabungkan dua penanda ini, iaitu musang dan janggut  untuk filemnya yang  mengandungi  sindiran dan kritik sosial.  Kemuncak kepada kritikan itu ialah adegan pembesar-pembesar negeri pergi ke rumah Puspawangi untuk bermesra dengannya. Ini berlaku setelah Tun Nila membawa isterinya pulang ke Pura Cendana.  Puspawangi digilai dan menjadi igauan pembesar-pembesar, termasuk oleh baginda Sultan yang merupakan bapa mentuanya sendiri.

Tun Nila telah diperintahkan oleh Sultan untuk keluar mencari ‘musang berjanggut’. Hal ini adalah  sesuatu yang mustahil kerana pada lahiriahnya tidak wujud musang yang berjanggut. Tetapi Puspawangi yang memahami kehendak pembesar-pembesar tersebut telah menjalankan helah untuk memerangkap mereka. Jadual kedatangan kesemua pembesar ke rumahnya diatur sendiri oleh Puspawangi pada malam. Susunan giliran ketibaan mereka didapati memang mengikut susunan dan protokol jawatan, iaitu:

  1. Datuk Nikah Kawin
  2. Datuk Pujangga
  3. Datuk Betara Mangkubumi
  4. Datuk Bendahara Paduka Raja
  5. Baginda Sultan.

Nama-nama jawatan adalah nama lama dan sudah tidak diguna lagi. Jika  disesuaikan dengan situasi semasa dari segi nama jawatan, Datuk Nikah Kahwin mungkin setara dengan Menteri Undang-Undang.

Beliau tiba paling awal dan memberitahu Puspawangi bahawa undang-undang negeri tersebut ‘dibikin’ oleh beliau sendiri. Datuk Nikah Kahwin juga setara dengan jawatan kadi. Oleh yang demikian, undang-undang negeri adalah selaras dengan undang-undang Islam atau undang-undang Syariah. Soalan yang ditanya oleh Puspawangi mencakupi hal-hal keluarga Islam. Datuk Nikah Kahwin yang sepatutnya menjadi penguatkuasa undang-undang  keluarga Islam telah membuat salah laku dengan memasuki rumah seorang perempuan ketika suaminya tiada di rumah. Bila terdengar ketukan di pintu, Puspawangi menyuruh Datuk Nikah Kawin masuk ke dalam peti.

Pembesar yang datang selepas Datuk Nikah kawin ialah Datuk Pujangga. Kata ‘pujangga’ mempunyai kaitan dengan sastera dan penulisan. Seorang yang menulis juga mempunyai kaitan  dengan penyebaran  maklumat dalam negara lalu jawatan ini boleh dikaitkan dengan Kebudayaan, Komunikasi dan Penerangan. Puspawangi melayan Datuk Pujangga sehingga tetamu yang ketiga mengetuk pintu. Datuk Pujangga disembunyikan di bawah meja.

Tetamu yang ketiga ialah   Datuk Bentara Mangkubumi seorang yang bertanggungjawab menjaga khazanah atau kekayaan negara. Beliau disembunyikan di bawah katil bila tetamu seterusnya tiba. Tetamu yang keempat ialah Datuk Bendahara Paduka Raja, iaitu jawatan yang menyamai Perdana Menteri pada zaman sekarang.  Tetamu keempat ini disuruh berdiri tegak seperti patung apabila tetamu terakhir mengetuk pintu.

Tetamu terakhir yang paling istimewa ialah Sultan.   Puspawangi meminta Sultan menjadi kuda untuk ditunggang. Sultan sanggup menjadi kuda kerana Puspawangi berjanji akan mengikut segala keinginan baginda. Ini adalah penanda bahawa raja tidak sedar akan kemampuan kudrat pada dirinya yang sudah tua. Ternyata baginda adalah seorang raja yang boleh diperkuda oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan.

Seterusnya sindiran terhadap salah laku pembesar dapat dirumuskan sebagai berikut.

  • Dato’ Nikah Kahwin (jawatan yang menyamai Menteri Undang-Undang) dimasukkan ke dalam peti. Peti itu diangkat keesokan harinya ke balai penghadapan. Dialah yang dikatakan sebagai Musang Berjanggut oleh Tun Nila dan Puspawangi, sesuai dengan kedudukannya sebagai orang yang sepatutnya menjaga kedaulatan undang-undang, tetapi melanggar undang-undang yang digubalnya sendiri.
  • Datuk Pujangga menjadi tikus almari. Tikus (menikus) mempunyai konotasi penakut dan mahu bersembunyi. Menikus ialah bersembunyi untuk menyelamatkan diri sendiri sedangkan sebagai Pujangga atau sasterawan, dia sepatutnya memainkan peranan untuk mendedahkan keburukan dengan berani. Tikus almari juga boleh merosakkan barang-barang terutama pakaian yang disimpan. Ini adalah berlawanan dengan tanggungjawab seorang Pujangga yang sepatutnya menjernihkan keadaan.
  • Datuk Bentara Mangkubumi adalah jawatan yang boleh disamakan dengan Menteri Kewangan kerana tugas-tugasnya sebagai pemegang atau pemelihara khazanah negara. Pada malam itu  Mangkubumi menjadi katak simpan. Sebelum itu, beliau telah menyanyi dengan suara yang sumbang (seperti katak). Katak  sebagai binatang yang boleh hidup di air dan di darat serta pandai melompat dikaitkan dengan golongan yang boleh menukar pendirian.
  • Datuk Bendahara Paduka Raja bertaraf Perdana Menteri pada masa ini. Beliau memegang jawatan pentadbiran negara yang tertinggi dan orang kedua selepas Sultan. Ketibaannya ke rumah Puspawangi juga adalah yang terakhir sebelum Sultan. Pada malam itu Puspawangi menjadikan beliau patung. Ini membawa konotasi bahawa Perdana Menteri tidak berkuasa . Hal ini lebih jelas jika seorang Perdana Menteri tidak bersuara apa-apa bila berlaku salah laku dan pelanggaran etika di kalangan pentadbir dan pembesar-pembesar yang memegang tampuk kuasa.
  • Baginda Sultan. Sesuai dengan kedudukannya, Sultan tiba paling akhir mengikut protokol. Pada malam itu Baginda diminta menjadi kuda. Ini adalah perkara yang mengaibkan dan sekaligus membawa peringatan bahawa nafsu Raja dapat diperkuda oleh rakyat, atau tegasnya Raja menjadi alat kepada golongan yang mengambil kesempatan untuk keuntungan peribadi.

Musang, tikus, katak, patung, kuda. Unsur alam bergabung ‘menegur’ manusia.

‘’Katak apa besar sangat?’’

”Oh,itu katak simpan,Tuanku!”

*Sebarang ambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit.

 

 

14 thoughts on “ADA APA DENGAN MUSANG?

  1. Bijaknya P.Ramlee….bkn saja2 menerbitkn watak2 utk mengurat Puspawangi….melainkn sbg simbolik sindiran…masih ” relevan” smpai skrg….bkn skdr dongeng tp benar2 berlaku…

  2. Автор статьи предоставляет факты и аргументы, не влияя на читателя своими собственными предпочтениями или предвзятостью.

  3. Эта статья превзошла мои ожидания! Она содержит обширную информацию, иллюстрирует примерами и предлагает практические советы. Я благодарен автору за его усилия в создании такого полезного материала.

  4. Я хотел бы выразить признательность автору за его глубокое понимание темы и его способность представить информацию во всей ее полноте. Я по-настоящему насладился этой статьей и узнал много нового!

  5. This design is wicked! You certainly know how to keep a reader entertained. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost…HaHa!) Fantastic job. I really enjoyed what you had to say, and more than that, how you presented it. Too cool!

  6. Он/она не стремится принимать сторону и предоставляет читателям возможность самостоятельно сделать выводы.

  7. Отлично, что автор обратил внимание на разные точки зрения и представил их в сбалансированном виде.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *